Mengalahkan Messi, Neymar dan Ibrahimovic.

Streamer sensasi, yang cukup terkenal melalui game Fortnite, Tyler Blevins atau lebih dikenali dengan Ninja kini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan atlet-atlet sukan global yang lain.

Menurut laporan VG247, Ninja kini sebaris, atau lebih tepatnya menduduki tempat ketiga sebagai atlet yang paling banyak interaksinya di media sosial. Hanya dua atlet sahaja yang mempunyai interaksi media sosial yang lebih tinggi daripada Ninja, iaitu pemain bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo di kedudukan pertama dan pemain bola keranjang di Amerika Syarikat, LeBron James.

Dalam senarai 10 atlet yang dikeluarkan, Ninja berjaya mengatasi interaksi media sosial yang diperoleh Virat Kohli, Lionel Messi, Neymar, Zlatan Ibrahimovic, Sergio Ramos, Shaquille O’Neil dan Conor McGregor.

Berikut adalah senarai penuh 10 atlet dunia teratas mengikut jumlah interaksi yang mereka dapati sepanjang bulan Mac 2018:

Sejak Fortnite Battle Royale dilancarkan pada September tahun lalu, Ninja telah perlahan-lahan mencipta namanya sebagai pemain game itu yang cukup hebat skilnya. Bulan lalu, popularitinya telah meletup apabila beliau telah melakukan livestream bersama penyanyi rap Kanada, Drake.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.