Stevie G akan kembali menggegarkan gawang-gawang gol korang!

Bulan lalu, Konami telah melancarkan sebuah trailer yang memaparkan pelbagai legenda yang akan ditampilkan ke dalam mode myClub PES 2018. Pemain legenda Liverpool, pemain legenda Borussia Dortmund, David Beckham dan Diego Maradona adalah pemain yang diperlihatkan dalam trailer tersebut.

Terbaru, Konami telah mengeluarkan sebuah lagi trailer baru, yang mana kali ini ia memfokuskan khusus kepada legenda-legenda Liverpool yang terdapat dalam myClub. Semestinya yang menjadi perhatian dan penambahan baru adalah ikon dan hero The Reds, Steven Gerrard!

Dalam trailer terbaru ini, korang boleh saksikan gol-gol ikonik Gerrard dibikin semula dalam PES 2018, selain turut memperlihatkan aksi-aksi Ian Rush, Robbie Fowler dan Michael Owen. Konami turut mendedahkan bahawa ramai legenda yang akan dibawakan ke dalam game ini, antaranya John Barnes, Steve McManaman dan Kevin Keegan.

PES 2018 kini telah dilancarkan di PS4, PS3, Xbox 360, Xbox One dan PC.

JomBaca: Jom Saksikan Gelagat Usain Bolt Semasa Sesi Penggambaran Untuk Video PES 2018

Comments

comments