Dapatkan Season Pass ini untuk rasai pengalaman sukan ekstrem di pergunungan salji yang lebih menarik.

STEEP_screen_05

Ubisoft telah mengumumkan Season Pass untuk game terbaru keluaran mereka, Steep. Berikut adalah apa yang bakal dapat apabila membeli Season Pass ini.

  • Winter Fest Pack: Memperkenalkan kereta luncur salji dan mencabar skill pemain dengan pelbagai cabaran yang lebih banyak. Ia bakal ditampilkan dengan kostum eksklusif yang menarik.
  • Extreme Pack: Menambah 3 lagi sukan yang menyeronokkan, iaitu┬árocket wings, base jumping dan speed gliding. Kostum eksklusif terbaru juga akan ditampilkan.
  • Adrenaline Pack: Membawakan Moonlight Pack, menampilkan 3 cabaran waktu malam yang unik dan pelbagai perkakasan bersinar untuk anda tonjolkan pada waktu malam, bersama dengan kostum baru, papan luncur baru dan wingsuits.

Season Pass ini juga akan memberikan anda akses kepada kostum eksklusif, tiket helikopter untuk pergi ke destinasi dengan lebih mudah dan 10,000 Steep Credits.

Buat masa ini mereka belum umumkan harga untuk Season Pass ini.

steep

Di samping itu, Ubisoft turun mengeluarkan video terbaru – berkongsi tentang bagaimana multiplayer dan customization akan ditampilkan dalam game ini nanti. Jom layan:

Open beta untuk game ini akan bermula pada 18 hingga 21 November ini, namun jika anda mendaftar sekarang, anda akan diberi peluang mendapatkan akses lebih awal untuk dimainkan pada 10 hingga 14 November.

Steep akan dilancarkan pada 2 Disember ini di PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments