Harini JomGaming nak memperkenalkan seorang lagi writer-jemputan terbaru kitorang, Hafeez Bomoh yang akan membuat liputan dan review bagi game dan aksesori gaming! Ini adalah artikel review pertama dari beliau! Jom layan!


Salam muhibbah gamers. Pada hari ini aku diberi kesempatan oleh JomGaming untuk review headset Steelseries Wireless H. Jom baca review aku nih!

Aku bukanlah seorang “audiophile” tapi aku suka pada teknologi earphone dan headsets ini. Perbandingan akan dibuat kepada 1 lagi headsets yang aku ada iaitu SONY PULSE ELITE. Ok lets get started!

SteelSeries H Wireless 7

WIRELESS H ini merupakan satu premium headset yang dikeluarkan oleh pengeluar peranti gaming yang famous iaitu Steelseries. Terdapat 2 lagi headset yang sama tetapi di-repack semula iaitu Siberia P800 khas untuk PS4 dan Siberia X800 untuk Xbox One.

SteelSeries H Wireless 3

Headset ini diperbuat dari bahan bahan yang berkualiti tinggi. Terdapat ruangan kedap bunyi yang baik pada bahagian earpad. Apabila aku memakai headset ini, bunyi luar tidak akan masuk ke dalam telinga. Mikrofon terletak pada sebelah kiri, dan ia boleh dimasukkan ke dalam headset apabila tidak digunakan. Suis pelbagai guna dan tombol pelaras bunyi terletak di sebelah kanan manakala ruangan bateri terletak di ruangan tertutup sebelah kiri.

SteelSeries H Wireless 8

Headset ini didatangkan dengan transmitter yang berfungsi menyambungkan headset kepada gajet-gajet aku. Transmitter ini didatangkan dengan pilihan sambungan optical in, USB, analog dan chat out (untuk peranti XBOX). Sebarang setup kepada equalizer boleh dilakukan pada transmitter ini. Terdapat banyak pilihan equalizer yang kita boleh pilih dan laras di transmitter ini. Jika hendak disenaraikan, headset ini boleh disambungkan kepada PS4, PS3, XBOX 360, XBOXONE, TV dan handset.

SteelSeries H Wireless 9

REVIEW

Kualiti bunyinya sangat best! Jika di bandingkan dengan Pulse Elite, banyak bunyi-bunyi terutama dari suasana surround lebih kedengaran. Bunyi tapak kaki yang datang dari belakang aku didalam game jelas kedengaran. Ini boleh memberikan kelebihan kepada FPS gamer. Headset ini mampu memberikan suasana seolah olah kita berada di dalam dunia game tersebut. Aku menggunakan headset ini ketika bermain game Bloodborne (PS4) dan berapa kali aku terkejut akibat bunyi-bunyian yang menyeramkan.

SteelSeries H Wireless 4

Suara di mikrofon amat jelas kedengaran. Aku menggunakan mikrofon ini dalam sesi DOTA gaming dan aku berasa sangat berpuashati dengan kualiti suara yang kedengaran. Suis untuk “off” mikrofon juga berada di headset untuk memudahkan sesi menyumpah seranah tanpa menyakitkan hati rakan gaming yang lain. Aku juga suka kepada 1 ciri menarik headset ini; earpadnya boleh dilipat secara sisi dan memudahkan untuk penyimpanan.

Headset ini berasa ringan berbanding dengan Pulse Elite, dan apabila aku menggunakan headset ini selama 5 jam secara terus ia tidak berasa panas pada telinga (masalah biasa yang aku hadapi ketika menggunakan Pulse Elite). Bateri headset ini mampu bertahan selama 10 jam penggunaan dan bateri “spare” juga dibekalkan supaya anda boleh terus “game on” tanpa henti! Secara perbandingannya, Pulse Elite mampu bertahan sekitar 4 jam dan Astro A50 kira kira 7 jam penggunaan.

SteelSeries H Wireless 2

Transmitter yang dibekalkan berfungsi sebagai hub penyambungan kepada gajet-gajet kita. Secara peribadi, aku menggunakan transmitter ini secara tetap di PS4 menggunakan optical in, ke TV menggunakan analog in (untuk tengok movie) dan sambungan kepada PC menggunakan audio jack. Tombol suara ada pada transmitter ini, tetapi aku tidak menggunakanmya kerana ia boleh ditukar secara wireless pada headset kita sendiri. Transmitter ini juga menpunyai ruangan mengecas bateri headset pada sebelah kanan. Pad headset ini juga boleh dilipat untuk memudahkan simpanan secara mendatar.

SteelSeries H Wireless 5Walaupun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ketara pada Wireless H ini. Pertamanya ialah bunyi Bass nya yang agak “kering” berbanding dengan Pulse Elite. Ianya jelas ketika aku gunakan mendengar MP3 lagu lagu rock di telefon bimbit. Seterusnyaheadset ini tidak menyediakan sambungan secara “Bluetooth”. Sebarang sambungan kepada handset atau MP3 player perlulah dilakukan menggunakan wayar. Manual yang dibekalkan tidak begitu jelas, dan ini akan menyusahkan pengguna ketika proses setup.

Satu lagi perkara yang mungkin turn off minat anda terhadap headset ini adalah harganya. Dengan harga sekitar RM1300, Steelseries H Wireless ini menjadi luxury item bagi mereka yang mementingkan kualiti audio semasa bermain dengan peranti digital mereka.

Keputusan: BOLEH BELI ATAU BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Jika anda berniat menggunakan headset ini untuk mendengar MP3, headset ini bukanlah pilihan yang bijak. Selain dari bunyi bass yang kurang “ummph”, headset ini juga tidak menyokong sambungan secara Bluetooth ke MP3 player / Handset. Tak berbaloi geng beli headset  berharga RM1k hanya untuk mendengar MP3!

BOLEH BELI! – Anda seorang gamers yang mempunyai pelbagai platform gaming? Headset ini khas untuk anda kerana kebolehsambungan headset ini kepada platform gaming dan juga tv serta PC memudahkan aktiviti gaming anda. Dengan kadar 20 jam penggunaan tanpa henti juga memberi nilai tambah kepada headset ini

Bass kurang Ummph
Tiada sambungan Bluetooth secara terus
Buku manual yang kurang membantu
 Harga yang boleh buat anda terduduk merenung wallet sekejap

+ Boleh disambungkan kepada semua jenis konsol permainan, TV, PC dan MP3 player
+ Material yang digunakan merupakan material yang baik dan tahan lasak
+ Kadar hayat bateri 20 jam!
+ Mikrofon yang jelas ketika voice chat gaming
+ Tidak berasa panas apabila digunakan secara berterusan

Comments

comments

  • Mazuan

    Sy dah guna hampir 2 tahun..terbaik ? ? ?… But ear cup dia masuk setahun setengah jer dah start mengelupas…skrg tgh berusaha utk cari replacement… Payah betul!!