Adakah korang salah seorang yang sama-sama memecahkan rekod ini?

Steam, platform gaming terbesar di PC, semakin hari semakin berkembang berterusan. Terkini, Steam telah mencatatkan seramai 18.5 juta pengguna serentak. Ia telah meningkat daripada 17 juta yang telah dicatat pada November 2017.

Menurut laporan SteamDatabase, 18.5 juta pengguna yang log masuk ke dalam Steam itu, 7 juta daripadanya sedang bermain game. Sekiranya korang tidak tahu, bermakna, selain daripada 7 juta gamers ini, yang selebihnya mungkin hanya log masuk ke dalam Steam dan hanya di duduk di hadapan PC/laptop.

Di bawah adalah screenshot yang telah diambil di laman Steam & Game Stats, memaparkan angka 18.5 juta pengguna dicatatkan pada kira-kira pukul 11 malam, 6 Januari 2017.

Berapa pula jumlah pengguna serentak yang bakal dicatat Steam dalam masa beberapa bulan akan datang? Adakah rekod ini bakal dipecahkan lagi dalam masa terdekat? Korang ada jangkaan?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.