Akhirnya, Valve, syarikat yang mengusahakan Steam (jika iTunes adalah platform jualan lagu, Steam adalah platform jualan game), akan melancarkan pencabar kepada Playstation dan Xbox pada 10 November ini – dan ianya dinamakan Steam Machine! Tapi, apakah bendanya Steam Machine ini?

Steam Machine

OK, senang cerita, Steam Machine adalah komputer bersaiz console yang menggunakan komponen dan hardware PC yang akan dihubungkan kepada library games di Steam, menggunakan sistem pengendalian SteamOS dan dikawal menggunakan Steam Controller wayarles. Itu explanation mudahnya, tapi Steam Machine tidak semudah itu!

STEAM MACHINE – YANG MANA SATU IDAMAN HATI?

Dibina bagi gamers yang inginkan keselesaan console gaming dan flexibility komponen PC gaming – Valve telah bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti Syber, Zotac, Alienware, Digital Storm dan banyak lagi bagi menjadikan Steam Machine satu realiti.

Steam-Machines
Banyak betul variant Steam Machines nih ye – mana satu korang suka?

Ini bermakna akan terdapat pelbagai variant Steam Machine dengan pelbagai tier harga yang mungkin akan menimbulkan masalah yang sama bagi mereka yang ingin membeli PC gaming sekarang – apakah spec Steam Machine yang terbaik untuk dibeli?

Alienware Alpha Steam 2
Alienware Alpha – korang boleh beli Steam Machine versi ini sekarang, ianya didatangkan dengan controller Xbox 360 dan bukannya Steam Controller!

Setakat ini tak banyak variant Steam Machine yang boleh direview, kecuali Alienware Alpha. Dengan harga lebih kurang USD549.00, ianya agak mahal berbanding variant Steam Machine dari pengeluar yang lain yang kononnya jauh lebih murah. Alienware Alpha ini juga didatangkan dengan Windows 8.1 dan controller Xbox 360, bukannya SteamOS dan Steam Controller – so title Steam Machine itu mungkin boleh didebatkan.

Walaubagaimanapun, kelebihan ‘kebanyakan’ Steam Machines ini nanti adalah kebolehan untuk swap mana-mana komponen ataupun hardware dengan upgrades terbaru! Kenapa penulis ‘kebanyakan’ disitu? Sebab, ada variant Steam Machines yang tidak membenarkan swap komponen dan boleh void warranty sekiranya korang berdegil jugak! Pembeli yang bijak pasti akan memilih variant Steam Machine yang boleh diupgrade sendiri kemudian!

JOM MAIN SEMUA GAMES DALAM STEAM!

Jangan seronok sangat, oleh kerana ianya dibina di atas platform Linux, kebanyakan PC games Windows yang korang dah kumpul selama ini mungkin takkan boleh dimainkan di dalam sistem pengendalian Steam Machine – SteamOS! Sehingga penulisan ini, terdapat 1395 games yang confirmed boleh dimainkan di dalam SteamOS berbanding lebih dari 5600++ games yang ada di dalam library Steam.

Kebanyakan daripada titles SteamOS-compatible itu pula adalah dari developer indie. So, buat masa sekarang, mana-mana game title AAA terbaru yang mesra-SteamOS pasti sukar ditemui di dalam library game Steam. Sedikit-demi sedikit title-title game lama mula menjadi mesra-SteamOS. Nantikan aje update dari Valve berkenaan issue ini nanti.

TAPI CONTROLLER DIA LAWA TUH!

Tidak dinafikan, Steam Controller yang telah diannounce dulu telah mengalami pelbagai perubahan. Kalau kita tengok video demo Steam controller yang dipost dahulu, ianya masih kelihatan basic dan boring.

Dahulu, ianya juga dikhabarkan akan mempunyai touchscreen di tengah-tengah controller! Kini, dua trackpad dengan haptic feedback (bergetar apabila berinteraksi dengan sentuhan ataupun aktiviti in-game) yang boleh korang klik akan menjadi sumber input utama korang ketika menggunakannya.

Steam Controller
Seksinye….
Steam Controller2
Belakang dia pon seksi…

16 butang yang boleh korang customise sepenuhnya seperti bebutang face, shoulder (trigger) dan undergrip (trigger) juga akan memastikan korang takkan kekurangan butang apabila gaming. Takde masa untuk customise kesemua butang dan sensitivity Steam Controller? Download aje custom configurations yang khabarnya akan dikongsi oleh komuniti Steam.

Sejujurnya, Steam Controller ini sahaja yang benar-benar membuat penulis teruja.

PC GAMERS TAK BOLEH LAH NAK BERCONSOLE GAMING?

Kalau korang ada memiliki rig PC gaming yang boleh dibanggakan, jangan risau – korang masih boleh join dalam pengalaman dan keselesaan console gaming! Valve juga ada memperkenalkan Steam Link – satu device yang membolehkan korang streamkan content Steam dari PC gaming korang tuh ke TV secara wireless! Dan paling best, ianya compatible dengan Steam Controller!

Dengan harga USD50.00, Steam Link dijangka menjadi alternatif terbaik bagi mereka yang ingin memainkan game yang ada di dalam library Steam dengan gaya console gaming!

KESIMPULAN

Dari segi teori, Steam Machine mempunyai idea yang bernas dalam membawa PC gaming ke ruang tamu – tapi ianya terhalang oleh perpecahan pelbagai spesifikasi teknikal Steam Machines itu sendiri. Tidak seperti Playstation/Xbox yang tersedia plug & play, pembeli pasti akan mengalami masalah ketika memilih Steam Machines yang akan dibeli.

Steam Controller Steam Link

Pujian harus diberikan kepada Steam Controller dan Steam Link. Penulis melihat kedua-dua perkakas ini sebagai pilihan paling logikal untuk menghubungkan PC dan console gaming. Tak mengejutkan kalau jualan Steam Link akan jauh mendahului jualan Steam Machine.

Walaubagaimanapun, kita tunggu aje tarikh pelancaran kesemua perkakasan ini 10 November nanti – pada masa itu, tepuk wallet, tanyalah selera.

Comments

comments