Satu pencapaian terbaru telah dicipta oleh platform gaming terbesar ini.

Kira-kira jam 1.30 pagi tadi, Steam telah mencipta sejarah baru dalam 13 tahun platform ini beroperasi. Ia telah mencatatkan 14.2 juta pemain pada masa yang serentak, selepas jualan akhir tahunnya baru sahaja tamat pada awal minggu ini.

Steam pada tahun 2012 telah berjaya mencecah 4 juta pemain pada satu-satu masa, sebelum ia mencecah pula 10 juta pada 2015.

Anda boleh lihat sendiri statistik ini di laman Steam.

Comments

comments