Stealth Division merupakan salah satu nama yang sangat unik. Macam black ops punya division lengkap dengan “stealth tech”. Katanya clan ni kaki troll. Kalau dalam raid memang korang kena bully la dengan diorang nih. Clan mates ke tidak, memang kene troll. Walaupun umurnya tidak sampai setahun, jom kita dengar alkisah clan nih!

JG: Apakah nama clan ni and bila ia ditubuhkan?

SD: Stealth Division dan ia dibentukkan setelah release expansion Destiny: Dark Below.

JG: Kenapa nama Stealth Division?

SD: Semasa peringkat untuk membentukkan clan ni, kami pada masa itu tidak mempunyai sebarang knowledge tentang weapon dan sebab itu kami selalu “play safe” dan “stealthy”. Daripada ciri-ciri kami yang itu, muncul lah nama Stealth Division.

JG: Kenapa tubuhkan clan ini dan ada apa-apa plan untuk clan ni? 

SD: Kita menubuhkan clan ini disebabkan clan sebelum kami selalu busy dengan a “fixed” fire team dan oleh sebab itu kami jarang dapat bantuan daripada mereka. Jadi, kami membuat fireteam baru yang sentiasa raid bersama-sama. Daripada itu, kami bersetuju untuk menubuhkan clan Stealth Division ni. Stealth Division penuh dengan pelbagai kaum. Kitew friendlyyyyy, semua ada!

JG: Siapa Guardian original 6 veteran dalam clan ini yang mula-mula join ?

SD: 

  1. Max_madir
  2. Shinigami0099
  3. Known1no
  4. Libran03
  5. Seraphic_88
  6. Osthreeo

JG:Apa yang membuatkan clan ini sangat unik? Kenapa ia sangat penting?

SD: Buat ada masa sekarang, kami ada mix of clan mates yang datang daripada pelbagai kaum. Kami cuba balancekan kaum dan cuba bermain dengan clan yang lain pada masa yang tertentu.

JG: Apakah kriteria yang Stealth Division ingin ada dalam seseorang KinderGuardian? Kenapa?

SD: Ciri-ciri yang membuatkan kami unik adalah sifat tolong-menolong clan lain demi menghabiskan goal-goal mereka. Itu yang membuatkan kami sangat unik.

FULL FIRETEAM PVP CONTROL
FULL FIRETEAM PVP CONTROL

JG: Apakah majoriti class dalam Stealth Divisions ? (eg: Titan, Hunters, Warlocks)

SD: Warlocks ! Tetapi kebanyakannya semua ada 3 class character. Semua seimbang.

JG: Apa yang KinderGuardian boleh dapat daripada Stealth Division? Apa kepastian yang Stealth Divisions boleh bagi?

SD: Fun, takde stress dan boleh belajar macam-macam daripada kami dengan pengetahuan kami sahaja lah!

JG: Cerita sikit macam mana clan ni operate dan setakat ni berapa ramai dah clan mates ada dalam clan ni?

Otai: Kami Raid setiap minggu dan ada daripada kami yang akan buat pada waktu siang dan malam. Kami clan yang kecik tetapi focus utama kami adalah untuk merapatkan diri kami dengan semua ahli-ahli clan mates kami. Kami mengalu-alukan KinderGuardians untuk join kami yang Otai ni. Hehe. Buat pada masa sekarang, kami ada 11 clan mates.

Crota's End
Crota’s End
Kings Fall Completion 2
Kings Fall Completion 1
Kings Fall Completion 1
Kings Fall Completion 2

SOALAN-SOALAN PERIBADI BAGI STEALTH DIVISIONS

  • Player Pilihan : Max_MaDiR
  • Rank : Member

JG: Apa yang membuatkan Max_MaDiR komited dengan Destiny?

Max_MaDiR: Dalam Destiny ni ada banyak benda boleh buat. Paling best ialah apabila kami se-clan setuju untuk online pada masa-masa yang tertentu untuk Raid, PvP dll.

JG: Apa keburukan Destiny?

Max_MaDiR: Banyak grinding dan takde dedicated server untuk PvP dengan local players kita.

JG: Apakah character class kegemaran Max_MaDiR? Why?

Max_MaDiR: Hunter! Sebab, Hunter dalah primary class yang saya guna. Banyak memory nostalgic… LOL

JG: Daripada raid Vault of Glass, Crota’s End dan Kings Fall, yang mana memberikan cabaran yang sangat complex 

Max_MaDiR: Kings Fall diikuti Vault of Glass dan yang paling senang Crota’s End.

Stealth Division in Orbit
Stealth Division in Orbit

JG: Apa pendapat Max_MaDiR untuk tea-bagging dalam PvP? Good or Bad? Apakah effect untuk masa yang lama?

Max_MaDiR: Neutral sebab saya sendiri pun tak buat benda tu. Tapiiiii, perasan bila kena teabag memang pedih. Haha. Memang satu perbuatan yang buruk untuk player Destiny yang suka macam nih. Amik game ni serious sangaaat.

KESIMPULAN

Semua players dalam ni pun boleh dikatakan competitive but yet very friendly and funny. Mereka ada commitment untuk tolong KinderGuardians dan mereka explore cara-cara baru untuk menyelesaikan masalah daripada Raid dan PvP. Rasa-rasanya kalau nak tanya pasal glitch atau ways nak dapatkan exotic weapons, diorang boleh tolong. Kalau dalam PvP lagi lah. Stealthy! Otai gila clan ni.

Comments

comments