Tak cukup dengan bagi content percuma dalam Diablo 3, Blizzard buat hal yang sama dalam StarCraft 2! Beginilah cara untuk menarik minat peminat lama dan baru!
starcraft-2-commander-synergiesPatch terbaru ini memberi pemain akses kepada seorang komander baru yang diberi nama Karax. Karax dikatakan adalah seorang engineer Protoss yang paling cekap dalam seluruh Khalai.

starcraft-2-karax-abilityKarax mempunyai kebolehan yang baru dan bakal memberikan satu gameplay yang segar dan unik dalam siri ini. Blizzard mencadangkan pemain untuk menaiktaraf skill Solar Forge energy regeneration dan digandingkan bersama Rory Swann ataupun Kerrigan.

starcraft-2-karax-unitSelain daripada Karax, pemain juga mendapat unit baru yang berada dibawah naungan Karax. Unit-unit ini adalah mekanikal dan oleh yang demikian ia boleh dipulihkan menggunakan kebolehan Karax.

Update sebegini memang mendapat sambutan positif dalam komuniti gaming umumnya. Lebih banyak lagi studio yang patut mencontohi pendekatan sebegini.

JomBaca: DLC percuma untuk Diablo 3!

Comments

comments