Seperti yang kitorang announce sebelom nih, akhirnya open beta untuk Star Wars: Battlefront telah diumumkan! Korang get ready ajela untuk dolod pada 1:00 AM 9 Oktober nih!

featuredImage.imgSaiz download bagi Battlefront adalah seperti berikut:

  • PC – 11 GB
  • PS4 – 8 GB
  • Xbox One – 8 GB

Harus diingatkan bahawa level cap bagi beta ini adalah level 5. Korang tak akan dapat level up lebih dari level cap ini. Namung begitu, korang masih boleh teruskan unlock pelbagai item yang terdapat dalam beta.

Stats dari beta juga tak akan dibawa untuk full game release pada November ini.

image_2.imgStar Wars: Battlefront adalah hasil usaha DICE dan akan berada dipasaran bermula 20 November 2015. Kalau rasa beta ni best, boleh la mula preorder kan? 😀

Comments

comments