EA DICE telah mengumumkan Star Wars Battlefront Companion App, dengan penampilan terbaru Base Command.

star-wars-battlefront-companion-app-1

Companion App? Apa itu?

Mungkin ramai yang menjangkakan bahawa Companion App bagi Star Wars Battlefront ini hanyalah seperti aplikasi Battlelog yang terdapat dalam siri-siri Battlefield sebelum ini. Sebenarnya, ia adalah lebih daripada itu.

Selain dapat berhubung dengan rakan-rakan dan melihat segala statistik tentang progress korang dalam Star Wars Battlefront – seperti feature yang terdapat di Battlelog Battlefield – korang juga boleh bermain card-based game Base Command.

Base Command Ini Apa Pula?!

Base Command ialah sebuah game card-based yang ringan dan santai, di mana korang boleh mainkan ia sama ada korang memiliki game Star Wars Battlefront ataupun tidak. Objektif korang adalah untuk mempertahankan kubu Rebels yang telah dikepung oleh Empire. Korang akan berentap menentang Imperial dengan memainkan Star Cards yang menampilkan vehicles, weapons dan power-ups yang juga terdapat dalam game Star Wars Battlefront itu sendiri.

star-wars-battlefront-companion-app-2

Base Command akan mempunyai 50 Sieges (kepungan atau level) yang difficulty-nya akan bertambah pada setiap Siege yang baru, dengan setiap Siege akan mempunyai pengalaman bertahan dan taktik yang berbeza-beza.

Antara 10 November hingga 17 November, korang hanya akan dapat 8 Sieges – dan bermula 17 November, kesemua 50 Sieges akan tersedia untuk dimainkan.

JomBaca: Game Gear: Bundle Star Wars PlayStation 4 Menghampiri Malaysia!

Apa Kelebihan Main Companion App Ini?

Apabila korang progress sepanjang game ini, korang akan mendapat kredit yang korang boleh gunakan untuk membeli emote yang cool atau skin character apabila game penuh Star Wars Battlefront keluar kelak.

Kemudian, setiap Star Card yang korang dah unlock dalam game penuh Star Wars: Battlefront, korang boleh gunakannya dalam game Base Command ini. Bermakna, lagi banyak korang progress dalam Star Wars: Battlefront, lagi kuat kubu pertahanan korang dalam Base Command nanti! Gempak gila!

star-wars-battlefront-walker-assault

+++

Korang boleh download Companion App ini di Apple App Store dan Google Play, atau korang boleh mainkan ia di PC/laptop – StarWarsBattlefront.com.

Bagi pemain Xbox One yang memiliki EA Access, korang dah boleh mula main pada hari ini! Kepada pemain Playstation 4 dan PC, korang kenalah tunggu sampai 17 November nanti. Penantian itu satu penyeksaan!

JomBaca: Apa Yang Perlu Ada Untuk Menyempurnakan Star Wars: Battlefront

Comments

comments