Star Wars: Battlefront merupakan antara game yang paling ditunggu-tunggu gamers seluruh dunia untuk tahun 2015.

star-wars-battlefront-at-st

Ia telah menjadi buah mulut ramai gamers sejak beberapa tahun lalu selepas ia pertama kali diumumkan pada E3 2013. Dengan segala hype yang telah diheboh-hebohkan, adakah game ini benar benar berbaloi? Adakah ia indah khabar dari rupa? Atau adakah ianya pucuk dicita ulam mendatang? Boleh Beli or Boleh Blah!?

JomBaca: Shooter Meletop Akhir Tahun: SW Battlefront vs Rainbow Six Siege vs CoD: Black Ops 3!

Content Game Ini Sikit Sangat, Betul Ke?

Banyak rungutan yang telah banyak kita baca di merata alam maya, mengatakan content game ini terlalu sedikit – dengan ketiadaan story campaign serta hanya menyediakan 4 Planets pada hari pertama. Bagi Penulis secara peribadi, game ini bukan menyediakan content yang sedikit, tetapi penetapan prioriti untuk content tersebut adalah salah.

Jika dikira, game ini yang mempunyai 4 Planets, 13 Maps, 9 game mode dalam Multiplayer (boleh tengok senarainya di SINI); ditambah pula dengan Mission (Co-op); game ini sebenarnya memiliki content yang cukup untuk dijadikan sebuah game penuh.

star-wars-battlefront-walker-assault

Namun, apa yang dikatakan dengan penetapan prioriti yang salah? Game-game mode yang terbaik dan sangat seronok untuk dimainkan adalah Walker Assault dan Fighter Squadron (akan dibincangkan lebih lanjut di bawah). Mungkin para pemain merasakan content game ini terlalu sedikit kerana dua game mode popular ini hanya memiliki 4 map rotation yang boleh dimainkan. DICE sepatutnya meletakkan prioriti kepada dua game mode ini kerana ia menggambarkan elemen sebenar Star Wars itu.

Mungkin DICE boleh memindahkan masa, tenaga dan sumber dari beberapa game mode lain yang kurang popular, seperti Hero Hunt dan Droid Run, kepada penambahan Map dan variasi kepada dua game mode yang lebih popular ini (Walker Assault & Fighter Squadron). Para pemain mahukan kualiti dalam sesebuah game mode itu, bukannya kuantiti game mode kurang menyengat yang banyak.

star-wars-battlefront-fighter-squadron

Server Browser, Sistem Party & Queue Yang Panjang.

Seperti yang kami telah bincangkan dalam artikel sebelum ini, ketiadaan Server Browser amat menyukarkan keadaan, terutamanya kami yang mempunyai kumpulan rakan yang ramai. Dengan hype yang muncul dari game ini, bilangan rakan kami yang membelinya adalah sangat ramai, sehinggakan 2 Party Chat (PS4) penuh dengan rakan-rakan kami.

Apabila tiadanya Server Browser, kami sukar untuk memilih sesebuah server yang sesuai dengan bilangan rakan yang kami ada. Kemudian, apabila ingin masuk ke server, game ini akan mencari server yang sesuai dengan bilangan kami yang ada dalam satu Party ini sahaja. Jadi, rakan kami yang ada dalam Party yang satu lagi akan sukar untuk menyertai kami kerana server tersebut telah penuh.

star-wars-battlefront-queue

Bercakap soal server penuh pula, terdapat satu lagi bug/glitch yang berkait – iaitu pemain akan tetap beratur atau ‘queue’ untuk masuk ke server walaupun server tersebut tidak penuh. Apa yang kami perasan, sebagai contoh, Penulis berada dalam satu server, dan rakan Penulis yang baru sahaja online ingin menyertai kami yang sudah berada di dalam server. Server tersebut masih ada lagi slot kosong, tetapi rakan kami itu terpaksa queue juga. Beliau terpaksa menunggu round yang sedang dimainkan dalam server tersebut tamat dahulu sebelum dapat masuk. Ini sesuatu yang nampak seperti perkara kecil tetapi agak menjengjelkan kerana beliau terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama juga.

Susulan dari ketiadaan Server Browser, kami tidak akan dapat untuk mengetahui server yang dimainkan adalah server dari region mana. Justeru, kami tidak dapat untuk memilih server yang mempunyai ping yang terbaik, dan sudah pasti lag akan terasa jika kita masuk ke server yang memiliki yang ping yang tinggi!

star-wars-battlefront-2

Sistem Partner? Argh!

Seperti yang telah kami sebutkan sebelum ini juga, apakah rasionalnya mereka memperkenalkan sistem Partner yang terdiri dari 2 pemain sahaja (pemain hanya boleh spawn di Partner sahaja), dan bukan sistem Squad yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 pemain?! Persoalan ini sentiasa menjadi tanda tanya.

Ya, benar, game ini mungkin bersifat santai (akan dibincangkan lebih lanjut di bawah). Tapi dalam sesantai-santainya itu, ia masih lagi perlukan sistem kerjasama bersama bilangan rakan yang mencukupi bagi menikmatinya sebagai sebuah game shooter yang seronok untuk dimainkan.

star-wars-battlefront-partner

Sebagai pemain yang datang dari siri Battlefield, pastinya kami mahukan sistem Squad yang sekurang-kurangnya mempunyai 4 pemain. Sistem partner yang baru diperkenalkan ini membuatkan sebuah game ‘perang’ rasa sungguh janggal. Sistem Partner ini membuatkan ‘squad wipe’ itu terlalu kerap dan membuatkan kami sukar untuk mobile-spawn kerana hanya mempunyai dua orang dalam satu ‘skuad’.

Dan akhirnya membuat pergerakan sesebuah Team itu berterabur dek kerana setiap pemain terpaksa dan terlalu kerap spawn semula di base. Maka, terlalu banyak masa dihabiskan untuk ulang-alik dari base ke kawasan utama pertempuran.

Labelling, Spawn & Objektif Yang Berterabur.

Perkara ini juga telah kami sebutkan sebelum ini, di mana dalam mode Walker Assault, terdapat dua objektif (Uplink Stations) yang perlu diaktifkan oleh Rebels, di mana di pihak Imperial pula perlu memastikan ianya Offline. Dan objektif-objektif ini tiada labelling padanya sama ada ‘A’, ‘B’  ataupun ‘Station 1’, ‘Station 2’.

Dan kami berpendapat labelling ini sangatlah penting untuk komunikasi antara pemain. Jika salah satu objektif diserang, maka kami sukar untuk memberitahu rakan yang lain, objektif yang mana satu kerana tiada nama yang spesifik diberikan.

star-wars-battlefront-1

Dan apabila kami sebutkan ‘berterabur’, sistem spawn memang benar-benar berterabur, terutamanya game mode Walker Assault. Apabila kami mati, kami tidak dibenarkan untuk memilih untuk spawn dia bahagian yang mana, sebaliknya game hanya membenarkan pemain spawn secara rawak.

Dan sekiranya objektif di sebelah kiri yang perlu dipertahankan, kami diberi spawn bukan di kawasan berdekatan, sebaliknya di kawasan seberang yang jauh dari objektif tersebut. Cuba bayangkan berapa banyak kami telah mati hanya untuk menyeberang ke sebelah sana melalui jalan di tengah-tengah medan peperangan – hanya untuk mempertahankan objektif!

Tidak Dibenarkan Switch Team.

Ketika berada dalam sesebuah game, tiada butang yang dapat membenarkan kita untuk menukarkan ke Team sebelah. Feature ini mungkin kelihatan hanya masalah kecil bagi sesetengah pihak, namun, ia sebenarnya boleh dikatakan perkara yang penting untuk kami yang mempunyai kumpulan rakan yang ramai.

star-wars-battlefront-switch-team

Jika salah seorang dari kami berada di Team lawan, kami tidak dapat tukar ke sebelah sana, seterusnya merencatkan pengalaman Multiplayer itu sendiri, iaitu ingin bermain bersama rakan. Maka jalan penyelesaiannya adalah kami keluar dan cari server baru supaya kami dapat masuk ke server dengan serentak dan bermain di Team yang sama. Agak menyusahkan!

Ketiadaan Story Campaign.

Dengan genre game shooter seperti ini, ketiadaan Story Campaign merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima. Franchise Star Wars merupakan satu jenama yang sangat berpotensi untuk dijadikan Story Campaign yang sangat kukuh.

Apabila melihat Co-op Mission yang mempunyai cut-scene yang sangat cantik, kami terfikir, jika terdapat Story Campaign dalam game ini, pasti game ini akan meletop!

star-wars-battlefront-drop-zone

Ini Adalah Star Wars!

Di sebalik kekurangan yang terlalu banyak dalam game ini, ia masih lagi merupakan sebuah game yang sangat istimewa. Nilai Star Wars yang telah dibawakan ke dalam game ini adalah sangat mengagumkan. Apabila kami mula masuk sahaja ke dalam game ini, segala memori mengenai Star Wars serta jiwa dan raga ini terus masuk ke dalam universe Star Wars.

Game ini adalah game yang paling dekat jika ingin mendefinisikan atau menggambarkan apa itu Star Wars dalam bentuk game. Sebuah game yang peminat tegar Star Wars berhak untuk nikmati. Setiap perkara yang dibawakan oleh DICE kepada game ini sangat hidup, teliti, memukau dan mampu membawa kita khayal ke galaxy far, far away…star-wars-battlefront-sun-tatooine

Dari sebesar-besar perkara seperti vehicles dan weapons, sehingga ke sekecil-kecil perkara seperti kelihatan Ewoks berlari-lari di Endor – elemen Star Wars itu terlalu sukar untuk digambarkan. Intro sebelum masuk ke menu, presentation di menu, loadout, vehicles, weapons, game mode, watak-watak Hero, grafik dan kesan bunyi – semuanya sangat, sangat Star-Wars-ish!

Grafik Oh Grafik..

Bercakap soal grafik.. Ahh.. Bagaimana Penulis ingin mulakan? Terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Istilah ‘memukau’ mungkin tidak cukup untuk menggambarkan grafik dalam game ini. Tidak keterlaluan untuk Penulis katakan bahawa grafik game ini merupakan grafik yang terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah panjang penghasilan video game.

star-wars-battlefront-endor

Semasa Star Wars Battlefront menunjukkan in-game footage buat kali pertamanya pada E3 2014, ramai yang meragui, termasuk Penulis sendiri, bahawa grafik secantik ini mampu dihasilkan dalam sesebuah game. Namun, ternyata keraguan ini telah berjaya dipatahkan DICE dalam game penuh ini. Hakikat bahawa grafik seindah ini boleh dibawa ke console PS4 dan Xbox One adalah sesuatu perkara lagi yang mungkin sukar untuk dipercayai.

Ditambah pula dengan kesan bunyi yang kadang-kala membuat kami terasa seperti benar-benar berada di dalam filem Star Wars. Dari bunyi blaster, letupan, tembakan dari X-Wing & Fighter, hinggalah ke bunyi setiap langkah AT-AT & AT-ST – membuatkan telinga kami terngiang-ngiang apabila ingin memejamkan mata pada waktu malam!

Game Ini Terlalu Santai?

Baiklah. Mari kita kupas mengenai isu dan persoalan yang paling hangat tentang game ini, iaitu adakah game ini bersifat terlalu santai? Puas sudah kita membaca review dari para pemain ‘hardcore’ yang merungut bahawa game ini terlalu santai, terlalu mudah, tidak mencabar dan tidak kena dengan jiwa mereka.

Pertama sekali, kita perlu ingat bahawa pemain sasaran bagi game ini adalah peminat franchise Star Wars, dan bukan pemain ‘competitive shooter’. Hakikat bahawa game ini menampilkan pilihan untuk memainkan dalam pandangan first-person atau third-person serta memiliki loadout dan customization yang cukup ringkas sudah cukup untuk membuktikan bahawa game ini menyasarkan kesemua peminat Star Wars, sama ada pemain yang datang dari game competitive shooter ataupun tidak.

Dan bagi Penulis, elemen santai dalam game ini adalah sangat bagus. Ia sedikit berbeza dari apa yang DICE lakukan selama ini, di mana mereka lebih fokus kepada game competitive shooter seperti siri Battlefield. Dan bagi Penulis juga yang merupakan peminat tegar siri Battlefield, Star Wars Battlefront adalah satu spin-off yang cantik untuk pemain-pemain Battlefield. Ia membuatkan kami lebih tenang dan tidak terlalu stress ketika bermain game ini, sambil menikmati keindahan universe Star Wars itu.

Walker Assault & Fighter Squadron Memang Terbaik!

Untuk Multiplayer, game ini menyediakan 9 game mode, iaitu Walker Assault, Drop Zone, Supremacy, Cargo, Droid Run, Blast, Fighter Squadron, Heroes vs Villains dan Hero Hunt –  di mana setiap satunya adalah berbeza dari segi gameplay, bilangan pemain dan memiliki keunikannya yang tersendiri. Dan setakat ini, game mode yang menjadi kegemaran kami ialah Walker Assault dan Fighter Squadron.

Walker Assault adalah sebuah game mode yang memberi gambaran sebenar tentang apakah yang seronok sangat mengenai franchise Star Wars ini. Lengkap dengan vehicle-vehicle ikonik Star Wars, sama ada di darat mahupun di udara; kehadiran stationary vehicle; dan ditambah pula dengan penampilan watak-watak hero seperti Luke Skywalker, Darth Vader dan Boba Fett – ia seolah-olah seperti apa yang berlaku di dalam filem Star Wars itu dipindah masuk ke dalam sebuah game!

Game mode Walker Assault ini dimainkan begini: Imperial dalam perjalanan membawa angkatan tenteranya untuk memusnahkan kubu Rebels, dengan menggunakan AT-AT sebagai senjata utama. Bagi mengekang kemaraan Imperial ini, Rebels perlu mengaktifkan dua Uplink Stations bagi memberi isyarat kepada Y-Wing untuk memusnahkan AT-AT ini.

Dan Imperial pula perlu mematikan Uplink Stations ini supaya AT-AT ini dapat sampai ke penghujung kampung dan seterusnya memusnahkan kubu Rebels itu. Dan tembak menembak, bom mengebom akan berlaku di antara dan di celah-celah kaki AT-AT. Memang havoc!

star-wars-battlefront-x-wing

Fighter Squadron pula merupakan sebuah game mode yang sangat mudah dan ringkas, dan disebabkan keringkasan inilah membuatkan game mode ini sangat seronok untuk dimainkan. Secara peribadi, Penulis bukanlah peminat kepada game-game berunsur perlawanan di udara ala-ala War Thunder ini. Walaupun telah menghabiskan beratus-beratus (mungkin juga beribu) jam di siri Battlefield, Penulis dan jet-jet pejuang ini memang tidak sejiwa.

Dan apabila Star Wars Battlefront menyajikan game mode yang sangat bersifat arcade-y ini, Penulis jatuh cinta.

Cuma Penulis berharap, DICE akan mengembangkan dan mempelbagaikan lagi game mode ini. Sekarang ini, game mode ini hanyalah seperti team deathmatch di udara. Mungkin, DICE boleh mengvariasikan lagi game mode ini dengan menambah objektif-objektif tertentu kerana game mode ini mempunyai potensinya yang cukup baik.

Mungkin game mode Heroes VS Villains juga wajar diberi pujian. Ia boleh dikatakan sebuah game mode yang seronok juga. Ia memberi peluang kepada kita untuk mencuba dan merasai kesemua watak-watak Heroes dan Villains yang ada dalam game ini. Dan apabila kesemua watak-watak ini bertembung di tepi lorong yang kecil atau di kawasan lapang, ia boleh mencuit hati kami taktala melihat geligat watak-watak ini yang kadang-kala memang lucu!

Co-op & Splitscreen.

Di sebalik kekecewaan besar peminat tegar Star Wars yang sebelum ini mengharapkan game ini mempunyai story campaign, kehadiran mode Mission yang boleh dimainkan secara solo, co-op online atau co-op split-screen mungkin sedikit mengubati kekecewaan itu. Jika kami ingin lari dari Multiplayer yang sungguh huru-hara, dan inginkan suasana permainan yang lebih tenang dan ringan, kami akan memilih untuk bermain Mission.

Dan kehadiran split-screen merupakan satu feature yang sangat bagus. Pada masa kini, kebanyakan game sudah melupakan betapa seronoknya couch gaming ini. Mode ini dapat membina keseronokan antara rakan-rakan dan ahli keluarga lain yang bukan gamer, terutamanya peminat Star Wars, bersama-sama mencuba game ini.

star-wars-battlefront-split-screen

Keputusan: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Kalau korang bukan peminat Star Wars, inginkan game yang berat dan lebih kompetitif, serta ingin memainkan sebuah game yang mempunyai Story Campaign yang kukuh, game ini bukanlah untuk korang. Dengan kekurangan variasi dalam map yang disediakan, ia mampu membuatkan korang cepat bosan jika dimainkan dengan terlalu kerap.

Customization dan loadout yang sedikit dan amat mudah untuk di-unlock pastinya akan mengecewakan korang, iaitu ‘competitive gamer’ yang inginkan sistem yang lebih kompleks. Sekali lagi ia akan membuatkan korang cepat bosan kerana mungkin akan terlalu cepat ‘menghabiskan’ game ini.

BOLEH BELI! – Kalau korang adalah peminat Star Wars, ia sudah cukup untuk membuatkan korang menghabiskan beratus-ratus jam ke dalam game ini. Dengan game mode Walker Assault dan Fighter Squadron sahaja sudah cukup untuk membuatkan korang mengimbau segala memori tentang Star Wars. Ditambah pula dengan grafik dan kesan bunyi yang korang wajib hargai betapa uniknya elemen Star Wars yang telah dibawakan DICE ke dalam game ini. 

Selain itu, jika korang adalah seorang gamer yang baru sahaja ingin berjinak-jinak ke dalam game yang bergenre shooter, mungkin game ini adalah sangat sesuai untuk dijadikan permulaan. Ia tidak terlalu susah untuk belajar menembak, serta mempunyai cusomization dan loadout yang tidak rumit.

Kurang variasi dalam game mode yang popular
Ketiadaan Server Browser
Kepayahan apabila bermain bersama kumpulan rakan yang ramai
Bug/glitch semasa queue
Sistem Partner yang menyusahkan
Labelling, sistem Spawn & objektif yang berterabur
Tidak dibenarkan switch Team
Ketiadaan story campaign

+ Elemen Star Wars yang sangat mengagumkan
+ Grafik yang sungguh memukau
+ Kesan bunyi yang sangat baik
+ Beberapa game mode yang sangat menyeronokkan
+ Kehadiran co-op split-screen

JomBaca: Star Wars: Battlefront: Dapatkan Early Access 4 DLC Akan Datang!

Comments

comments