Sejak release pada hari Jumaat hingga artikel ini ditulis, kitaorang dah menghabiskan berjam-jam dok layan Star Wars Battlefront Beta. Kenapa berjam-jam? Sebab kitaorang tak boleh berhenti main! Game ini ohsem gila!! So, inilah sebab-sebab kenapa kitaorang jatuh cinta dengan game ini… setakat ini.

12080366_1647016042248709_647499908511785629_o

1. Art Game Yang Sukar Digambarkan…

Secara mudah, sebagai fan Star Wars yang tegar, seni atau art yang dihidupkan dalam game ini sangatlah memuaskan. Dari gameplay yang dihidangkan, graphics, map, weapons, gadgets, explosions, hinggalah ke kesan bunyi yang mampu mengimbau kita kembali ke Star Wars Saga itu sendiri. Setiap perkara yang dibawakan oleh DICE kepada game ini sangat hidup dan dekat dengan jiwa Star Wars itu sendiri!

12068607_1647015908915389_5193461348709985504_o

Untitled

2. Multiplayer. Pew Pew Pew!

Multiplayer bagi Star Wars Battlefront Beta ini datang dengan 2 mode iaitu:

star-wars-battlefront-drop-zone

  • Drop Zone. Sebuah mode yang boleh digambarkan sebagai gabungan mode “Domination” dari siri Battlefield dan mode “King of The Hill” dari siri Halo. Bagi yang biasa dengan game Destiny, ia boleh dikatakan serupa dengan aktiviti “Defend the Warsat” tetapi menentang player lain. Secara ringkasnya, 2 belah pasukan akan bertarung mendapatkan Escape Pod yang jatuh dari langit secara dinamik dan random. Ini membuatkan match kekal fresh dan membuatkan korang perlu sentiasa aware dengan sekeliling sambil berfikir untuk bermain secara defensif atau offensif. Tiada penggunaaan vehicle atau hero dalam mode ini. Hanya close combat antara pemain.

star-wars-battlefront-walker-assault

  • Walker Assault. Mode ini lebih dekat kepada siri Battlefield dengan memaparkan map yang luas dan dimainkan dengan jumlah pemain yang lebih ramai iaitu 40 pemain. Mode ini juga menyajikan kehadiran vehicle seperti AT-AT,  AT-ST, A-Wings, Y-Wings, X-Wings dan Tie Fighter. Dalam mode ini, sebuah pasukan perlu mempastikan AT-AT tiba di hujung map dan sebuah lagi perlu menghalang kemaraan team lawan. Kalau korang jenis yang suka mode dengan tempo yang laju, mungkin ini bukan mode untuk korang kerana mode ini perlu dimainkan dengan tempo yang sedikit perlahan berbanding Drop Zone. Dari mode ini juga korang boleh menjadi Luke Skywalker atau Darth Vader dengan mengutip power-up yang terdapat di sekitar map. Hero dalam mode ini adalah sangat penting untuk pasukan kerana ia akan membantu pasukan anda untuk mara ke hadapan atau pun menghalang pihak musuh.

3. Menu Yang Sangat Kemas!

Masuk sahaja ke dalam game ini, kitaorang disajikan dengan menu utama yang sangat kemas, cantik dan ringkas. Atau dalam kata lain, menu yang sangat clean! Dari pemilihan font, warna font, semuanya dihidupkan dengan jiwa yang sangat-sangat Star-Wars-ish!

12031552_1647016048915375_4286081399737718470_o(1)

12140086_1647015972248716_8137518736927329996_o

4. Loadout Yang Mudah Difahami!

Kebiasaannya, game-game lain memerlukan beberapa jam yang solid untuk kitaorang benar-benar memahami loadout game tersebut. Namun, dengan loadout yang ringkas dan tidak terlalu serabut, membuatkan kitaorang mudah untuk memahami setiap weapons, gadget atau ability yang diperlukan.

12132663_1647015965582050_5680775153205142586_o

12140086_1647015972248716_8137518736927329996_o

5. Pilihan 1st atau 3rd Person View.

Memberikan pilihan kepada pemain untuk bermain dengan 1st-person-view atau 3rd-person-person adalah sesuatu yang sangat rare! Kepada yang ingin melihat details yang terdapat di weapon serta camera zoom yang lebih dekat, korang bolehlah main dengan 1st-person-view.

12109917_1647015725582074_3722476771942664957_o

Dan kepada yang ingin bermain sambil melihat costume yang dipilih (pemilihan costume tidak disediakan dalam Beta) serta mahu melihat range camera yang lebih luas, bolehlah main dengan 3rd-person-view.

11999720_1647015728915407_1382827357765067351_o

Kitaorang merasakan bahawa DICE telah menggunakan strategi yang baik dengan pengenalan pemilihan POV ini. Feature ini mampu menarik minat kedua-dua gamers yang berbeza, iaitu yang gemar bermain 1st dan 3rd-person-view.

6. Pemandangan Yang Sungguh Memukau!

Pemandangan di langit biru yang dihiasi dengan ship-ship seperti Executor dan Immobilizer 418 Cruiser sangat-sangatlah memukau. Tambahan lagi, dengan pemandangan di kawasan sekitar yang dihiasi dengan gunung-ganang sejauh mata memandang membuatkan mata kitaorang terbeliak!

Tak perlulah kitaorang cakap panjang, korang tengok je lah screenshots yang kitaorang ambil ini:

1512060_1647015828915397_6194369394322674723_o

12068991_1647015832248730_8539582031353181466_o

12119929_1647015825582064_7914299802298193777_o

12132363_1647015835582063_14281910572693606_o

12140088_1647015912248722_3188169781110926929_o

Kitaorang belanja la sikit video kill streak kitaorang dalam mode Drop Zone:

So, amacam korang? Takkan nak biar game se-ohsem ini ditinggalkan macam tu je tanpa korang cuba?! Cepat download sekarang sebelum Beta ini habis hari Isnin nanti (12/10/2015)!!!

Comments

comments