Bagi korang yang bercita-cita menjadi angkasawan duta ke angkasaraya, cuba tengok Star Control: Origins.

Diumumkan sebagai reboot pada tahun 2016, Star Control: Origins meletakkan korang sebagai kapten kapal angkasa Bumi yang pertama. Tak semena-mena korang menjadi buruan bangsa Scryve, makhluk asing ganas yang triggered dengan korang.

Kumpul geng aliens, upgrade dan design kapal angkasa korang, dan elakkan dimakan alien untuk akhirnya cukup kuat dan berperang di angkasaraya menentang Scryve!

Star Control: Origins boleh didapatkan di Steam dan akan dilancarkan 20 September 2018 nanti.

Comments

comments