Dijadualkan tiba pada tahun ini, Nvidia bakal melancarkan siri kad grafik berprestasi tinggi mereka iaitu GeForce GTX 1180 & GeForce GTX 1170.

GeForce GTX 1170 dijangka mempunyai kuasa pemproses sekitar 9.75 TFLOPS manakala GeForce GTX 1180 sudah tentu pada suatu tahap yang lebih tinggi iaitu sekitar 13 TFLOPS.

Ramai pihak meramalkan bahawa GPU yang berdasarkan senibina Turing ini bakal mempunyai kuasa pemproses yang lebih stabil dan penggunaan kuasa yang lebih effisyen. Ini bermakna kurang haba akan terhasil dan ianya akan memberikan sistem yang lebih stabil.

Desas-desus menyatakan bahawa kedua-dua kad GTX terbaru ini akan diperkenalkan sekitar bulan Ogos kelak pada harga USD499 (~RM1,971) bagi GTX 1170 dan USD699 (RM 2,761) bagi GTX 1180. Namun begitu, ada yang menyatakan harga ini mungkin akan berubah mengikut pasaran semasa.

GeForce GTX 1170 GeForce GTX 1180
Architecture Turing Turing
Lithography 12nm FinFET 12nm FinFET
GPU GT104 GT104
Die Size ~400mm² ~400mm²
CUDA Cores 2688 3584
TMUs 168 224
ROPs 64 64
Core Clock ~1500MHz ~1600MHz
Boost Clock ~1800MHz ~1800MHz
FP32 Performance ~9.75 TFLOPS ~13 TFLOPS
Memory Interface 256-bit 256-bit
Memory 8-16 GB GDDR6 8-16 GB GDDR6
Memory Speed 12Gbps 16Gbps
Memory Bandwidth 384GB/s 512GB/s
TDP 140-160W 170-200W
Launch Ogos 2018 Q3 (July) 2018
Launch MSRP USD499 (~RM1,971) USD699 (RM 2,761)

 

Comments

comments