Untuk minggu ni kita akan review clan Sparkling Ponies! Nama dah macam nama Barbie doll punya super power kuda tapi ganasnya tak macam Barbie langsung. Jom! Kita tengok macam mana clan ni ditubuhkan.

Sparkling Ponies(Still in production)

JG: Apa nama clan dan bila clan ni dibentukkan?

PONY: Nama clan kitorang is Sparkling Ponies. Clan ni ditubuhkan pada 26 Ogos 2015!

JG: Kenapa nama Sparkling Ponies?… LOL

PONY: Agak kelakar ceritanya. Ketika kami membincangkan tentang mencipta nama clan, kitorang meletakkan nama sementara yang boleh saya katakan tak berapa sedap didengar (not gonna mention it) dan ternyata bahawa Bungie tidak setuju dengan nama tu. Haha. Seminggu selepas itu kami mendapat amaran dari Bungie meminta kami untuk memikirkan beberapa nama-nama lain tapi kitorang lambat so Bungie tukar terus nama kami menjadi ‘Sparkling Ponies’. Kitorang gelak besar pada masa itu. Entah macam mana, semua orang bersetuju untuk kekal dengan nama yang Bungie berikan kepada kami.. Kinda special. 😉

JG: Ada apa-apa plan untuk clan ni?

PONY: Talking from my personal view, saya sentiasa mahu mewujudkan clan yang orang gentar, mostly competitively speaking. Saya mula bermain FPS sejak muda lagi terutamanya Counter-Strike dan teringin untuk mewujudkan satu komuniti players yang terdiri daripada orang-orang yang kompetitif dan dahagakan kemenangan. Semoga kami semua menjadi clan PVP terbaik dan elakkan dari sikap berlagak.

PONY
PONY clan Malaysia pertama habiskan King’s Fall Hard Mode!

JG: Sapa veteran/original members dalam clan ni?

PONY: There are no veterans or new guardians in our new clan. Kitorang tubuhkan clan ni sama-sama. Kitorang ada 15 members, kalau tengok Guardian dengan clantag nya Sparkling Ponies, itulah original members kitorang.

JG: Apa yang buat clan ni unik dan special?

PONY: Apa yang membuatkan clan ini begitu unik adalah ia adalah satu kumpulan kecil yang pada awalnya terdiri daripada Guardians yang tidak mengenali antara satu sama lain. Tapi, kitorang end up menjadi brotherhood of PONIES yang bergelak tawa! Saya dijemput oleh Kamenrimau dan Sunn untuk bermain Iron Banner dengan mereka. Kami bertemu Senpais dalam perlawanan Iron Banner, got rekt jugak la masa tuh dan entah bagaimana mereka jadi clan mates kami. Kitorang terus membantu orang dalam Trials dan bertemu Faizalkhairitan, AimanHaziq dan IzzatZakwan. Kemudian kitorang terjumpa anak muda berbakat, Fox, dan berfikir dia berpotensi jadi kami ajak dia join clan kami. Chemistry sesama kitorang tuh dapat di lihat walaupun baru beberapa kali bermain bersama. Pada ketika ini, saya boleh memanggil semua orang dalam clan ni sebagai kawan rapat.

JG: Apa majority character dalam clan ni?

PONY: No majority character, semua member PONIES ada 3 characters from 3 subclasses.

JG: Apa yang KinderGuardian boleh expect daripada clan ni?

PONY: We can offer help anytime in everything! We don’t have a rule that one must only stick with the clan members or put the clan members first so feel free to invite us for anything.

JG: Cerita la sikit macamana clan ni operate?

PONY: Immediately after reset hari Selasa, kitorang cuba habiskan raid, nightfall, daily/weekly, some PVE stuffs bagi semua 3 characters, supaya kitorang boleh habiskan masa baki seminggu tuh berseronok dalam PVP Crucible!

SOALAN-SOALAN PERIBADI SPARKLING PONIES

  • Player Terpilih : zafuran
  • Rank : Founder

JG: Apa yang buatkan zafuran komited dengan game Destiny?

zafuran: Competitive gameplay! Saya suka bermain game online dan yang boleh bersaing dengan orang lain. Dalam Destiny saya tidak bermain PvE sangat, lebih ke arah PvP. Main PVP lagi seronok sebab sentiasa ada mode baru dan selalu ada orang baru yang main.

JG: Apa yang buatkan Destiny ni seronok?

zafuran: One thing that makes Destiny is so awesome is the community. Dalam forums ramai Guardians mintak tolong raid, Trials of Osisris dan kami semua memang sanggup tolong.

JG: Apa yang buatkan Destiny ni tak seronok?

zafuran: The lag. Aaannndd Bungie patut add private lobby match.

JG: Apa character kegemaran zafuran?

zafuran: Actually, I love playing with all my three classes. Saya sentiasa berubah-ubah di antara character. Jika saya perlu memilih satu, saya pilih  Hunter saya untuk pergerakkan yang cepat kerana cepat dan licik adalah gaya permainan saya.

JG: Antara raid daripada Vault of Glass, Crota’s End dan King’s Fall. Mana satu yang best?

zafuran: Obviously King’s Fall! Players boleh solo Crota’s End dan VOG bole main 2 orang tapi King’s Fall memang bole nampak takde harapan nak buat solo. Mekanik teamwork yang Bungie cipta untuk raid kali ini begitu balk sampai kita perlu sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain untuk menang.

JG: Apa pendatapan zafuran tentang White Knight gamers?

zafuran1. : Just keep it between your friends. 2. That’s what gentlemen do. Lol

JG: Apa pendapat zafuran untuk penggunaan Blink shotgun, subclasses baru seperti Hammer of Sol, Storm caller dan Shadowshot yang wujud dalam character-character sekarang?

Zafuran: Here we go. Blink shotgun, I know it sucks to get killed by the same person over and over again daripada orang yang tak pernah guna primary dia. Tetapi daripada nak marah dan kecewa yang boleh menjejaskan permainan Guardians, kita patut fikir cara untuk menangani mereka. Sama dengan Thorn. Ia adalah satu permainan meta. Orang menggunakan senjata terbaik untuk masa itu dan tidak ada yang salah mengenainya. Adakah anda ingin mengadu tentang pulse rifle adalah meta sekarang?

Nightstalkers, finally Hunter ada support class. Subclass ni sangat berguna dalam PVE. Senang nak wipe mobs dan create orbs untuk fireteam. Mungkin tak sebagus kalau nak digunakan dalam PVP. Tetapi dapat shut down the enemies supers kalau diorang ada dalam super mode.

Sunbreakers, tak banyak nak bagitau tapi Bungie really need to nerf the armor. Kene tembak 2 headshots to kill them and itu tidak boleh diterima. Bila dengar “clunk”, I just run. Lol!

Stormcallers, nak membuktikan Warlock character paling OP daripada class lain. Haha. For me duration super stormcaller agak lama tapi ada yang tak setuju. I think it’s just me. Very very good in small maps you can wipe the whole team.

Flawless Raider Trophy
Flawless Rider Trophy

KESIMPULAN

Sparkling Ponies memang I have to say daripada awal players/clan mates diorang orang-orang yang paling pertama I pernah jumpa dalam tower in the early starting days of Destiny. Clan members Sparkling Ponies memang menunjukkan a true PvP clan yang sangat kompetitif. Nak join clan diorang? Kenalan lu, kalau lucky dapat la join skali. Anybody wants a PONY?

Editor: Selepas hiatus seminggu demi exams, saudara Amirul Protoblade kembali dengan artikel clan terbaru dalam siri Projek Ice Breaker beliau.

Comments

comments