Tahniah Zuramin – “bergaduh” elok-elok di Tekken World Tour (TWT) Southeast Asia Major 2017 nanti! Hehe

Minggu lepas di Animangaki 2017, telah berlangsung Animangaki Allstars Arena – sebuah tournament fighting games yang menampilkan pertandingan Guilty Gear Xrd Rev 2, Ultimate Marvel Vs Capcom 3 dan Southeast Asia Tekken Amateurs Cup (SEATAC)!

Ramai betul yang datang menjenguk perlawanan Tekken7!

Peminat fighting game pastinya tertumpu kepada pertandingan Southeast Asia Tekken Amateurs Cup (SEATAC) yang dianjurkan oleh Infinite Carnage (InC) dan Malaysian Tekken Society (MTS). Tournament yang mendapat pengiktirafan daripada Bandai Namco ini bertujuan mencari wakil amatur Malaysia ke Tekken World Tour (TWT) Southeast Asia Major 2017 di GameStart Asia, Singapura!

Perlawanan selama 2 hari ini menyaksikan 42 orang peserta yang bertanding bagi memenangi hadiah-hadiah berikut:

Juara: Tajaan penginapan dan penerbangan ke Singapore GameStart (Sea Major 2017) beserta hadiah-hadiah tajaan seperti 1TB Western Digital Passport Hard Disk, Avast Anti-Virus selama setahun, Armageddon Keyboard, hadiah wang tunai bernilai RM200 dan trofi beserta hoodie SEATAC dari Bandai Namco Entertainment Asia sendiri!

Naib Juara: PS4 Tekken 7 Collector’s Edition ditandatangani Katsuhiro Harada dan hadiah tajaan seperti Avast Anti-Virus selama setahun, Armageddon Headphones, hadiah wang tunai bernilai RM100 dan trofi.

Tempat Ke-3: 3 unit patung Funko Pop Tekken beserta hadiah tajaan seperti Avast Anti-Virus selama setahun, Armageddon Mouse, hadiah wang tunai bernilai RM50 dan trofi.

Dari kiri, Tom sebagai penaja Western Digital, Leon Soo dari InC, cosplayer Xiao Yu, Zuramin juara SEATAC mewakili Malaysia, Mark Chionh dari pihak Marketing Bandai Namco Entertainmet Asia dan cosplayer Lili dan Eliza.

Selepas pertandingan yang sengit, akhirnya Zuramin ‘Zur’ bin Tawi, 24, seorang pelajar perubatan muncul juara mengalahkan 41 peserta lain. Tahniah Zur! Tahniah juga diucapkan kepada naib juara Goh ‘0rez’ Ee Shane dan pemenang tempat ke-3 Abdul Manap Rasol ‘AMR | SHINATO’.

Perbandingan antara monitor ViewSonic dan monitor biasa

Sepanjang acara tournament ini juga, Western Digital, GALAX dan Viewsonic telah meletakkan komputer-komputer mereka di booth mereka di sekitar tapak acara untuk membolehkan pengunjung Animangaki mencuba Tekken 7 sambil cuba memenangi Treasure Hunt. Sepanjang 2 hari tersebut, booth-booth tersebut dapat menarik hampir 600 pengunjung untuk cuba bermain Tekken 7!

Antara aktiviti Treasure Hunt adalah menang satu game Tekken 7 bermain di PC anjuran Western Digital dan ViewSonic

Tambahan lagi, Hitbox Gaming turut menyediakan konsol-konsol PS4 mereka untuk dimainkan secara kasual oleh pengunjung Animangaki dan rakan-rakan mereka. Semuanya menjadikan tapak tournament meriah dengan bunyian daripada fighting game popular masakini tersebut.

Perlawanan SEATAC di Filipina telah dijalankan beberapa hari lepas dan minggu sebelumnya di Thailand. Berikut ia akan berlangsung di Indonesia sebelum ke Singapura sempena SEA Major 2017 yang berlangsung di GameStart 2017.

Untuk lebih info mengenai SEATAC 2017 korang boleh melayari event page Facebook di sini. Nak tengok betapa meriahnya Animangaki 2017 yang lepas? Jom layan album kitorang di bawah!

Amboi, meriah sungguh acara AniManGaki 2017【Official Event Page】. Sesak sampai tak nampak lantai! Jom main game dengan…

Posted by JomGaming on 18hb Ogos 2017

Comments

comments