Ada tak peminat tegar siri FIFA yang baru sahaja nak dapatkan PS4 dekat sini?

Sony Asia pada hari ini telah mengumumkan sebuah bundle PlayStation 4 terbaru yang pasti akan membuat para peminat siri FIFA tidak senang duduk. Bundle PS4 bersama FIFA 18 akan dilancarkan dengan harga RM1,499 pada 29 September ini, serentak dengan pelancaran FIFA 18 di semua platform.

Apa yang akan ada dalam bundle ini nanti? Korang boleh tengok di bawah:

  • Konsol PS4 Slim 500GB
  • Satu DualShock 4
  • Satu unit game FIFA 18 versi biasa
  • Langganan PlayStation Plus selama 3 bulan
  • Waranti selama setahun

Korang boleh dapatkan senarai kedai yang mengambil tempahan untuk bundle ini di sini.

FIFA 18 akan dilancarkan di PC, PS4, Xbox One, PS3, Xbox 360 dan Nintendo Switch pada 29 September 2017.

JomBaca: Ini Adalah Keperluan Spesifikasi Untuk FIFA 18 Di PC! Mampu Tak PC Korang?

Comments

comments