PS4 edisi khas baru yang sememangnya kacak bergaya!

Sony telah mengumumkan sebuah PS4 baru dengan rekaan edisi khas ‘Days of Play’ yang akan mula dijual pada 8 Jun ini dengan harga RM1,299. Ia merupakan sebuah rekaan dengan warna biru di kesemua konsol dan DualShock 4. Di atas konsolnya, terdapat 4 butang ikonik PlayStation berwarna emas, di samping touchpad controllernya juga akan terdapat butang berwarna emas itu.

Pembelian edisi khas ini akan didatangkan dengan 1 konsol (500GB) dan DualShock 4 tersebut.

Pengeluaran PS4 edisi khas ini adalah bersempena dengan jualan murah ‘Days of Play’ di PlayStation Store yang akan berlangsung dari 8 Jun hingga 18 Jun ini.

Jualan ‘Days of Play’ ini akan menawarkan pelbagai diskaun untuk software dan servis yang ada dalam PS Store. Antaranya ialah langganan PlayStation Plus 12+2 bulan akan ditawarkan harga yang sama dengan servis 12 bulan yang biasa.

Comments

comments