Semalam, Sony telah mengusik para peminat dengan mengeluarkan sebuah video acah yang cukup misteri. Kita tertanya-tanya apakah yang bakal diumumkan oleh Sony.

Terbaru, Sony telah mendedahkan konsol PlayStation 4 Edisi Terhad Gran Turismo Sport. Konsol dan controller DualShock 4 yang didatangkan dengan warna seakan perak dan hitam yang menawan ini akan dilancarkan di Malaysia pada Oktober ini dengan harga RM1,799, umum PlayStation Asia.

Melalui apa yang diumumkan oleh PlayStation EU, bundle untuk edisi terhad ini akan menampilkan konsol PS4 slim bersaiz 1TB dan controller DualShock 4 yang kedua-duanya mempunyai logo Gran Turismo di atasnya. Selain itu, ia juga didatangkan dengan game penuh edisi hari pertama yang memberikan pemain $250,000 kredit dalam game, sticker packs, helmet racing chrome, dan 60 avatar dalam PS4.

Comments

comments