Bagi korang yang mempunyai anak-anak atau adik-adik yang masih kecil, pasti controller-controller baru ini akan memudahkan dan memberikan mereka lebih keselesaan!

Sony telah meluaskan lagi pilihan untuk para gamer dengan melesenkan secara rasmi 3 jenis controller baru daripada 3 jenama controller pihak-ketiga yang terkenal. Melalui kerjasama dengan Nacon, @Play dan Hori, mereka telah mengumumkan controller-controller yang bersaiz kompak.

Wired Compact Controllers telah diumumkan oleh Nacon, yang mana akan ditampilkan dengan bermacam warna yang mengancam, iaitu hitam, biru, kelabu, jingga dan merah, serta tiga lagi jenis lut cahaya yang berwarna merah, biru dan hijau.

@Play juga telah mengumumkan controller kompak berwayar versi mereka. Ia bakal didatangkan dengan 4 warna, iaitu hitam, kelabu, biru dan merah.

Kedua-dua controller daripada Nacon dan @Play ini mempunyai ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang sama seperti controller PS4 asal, yakni core controls, touch pad, stereo headset jack, vibration motors dan wayar kabel sepanjang 3m.

Controller ketiga yang diumumkan Sony adalah controller paling menarik perhatian kami setakat ini. Hori bakal memperkenalkan gamepad mini (juga berwayar sepanjang 3m) dengan rekaan retro seperti di bawah. Hori akan membawakan 3 warna untuk gamepad ini, iaitu biru, merah dan hitam.

 

Ketiga-tiga jenis controller kompak ini akan dilancarkan sekitar November dan Disember dan masih belum didedahkan harganya.

Menarik, kan? Agak-agak controller yang mana satu akan korang belikan untuk kanak-kanak kecil di dalam rumah korang?

Comments

comments