Super Seducer, sebuah game yang dicanangkan sebagai “world’s most realistic seduction simulator” telah disekat dari penjualan di PlayStation 4. 

Game itu telah dilancarkan pada hari ini di PC dan telah dirancang untuk dikeluarkan di PS4 juga. Tetapi Sony telah mengesahkan kepada Motherboard bahawa mereka tidak akan menawarkan game itu di pasaran digitalnya.

Syarikat itu tidak memberikan sebarang penjelasan tentang mengapa mereka tidak akan menjual game tersebut, tetapi pengumuman itu dibuat semasa kritikan tentang game ini sedang hangat dibincangkan.

Game itu menampilkan video sebenar “seduction guru” Richard La Ruina, yang mana dia memberikan kepada pemain nasihat tentang bagaimana untuk bercakap dengan wanita di beberapa lokasi seperti di kedai kopi, pejabat dan bar. Wanita itu juga ditunjukkan melalui video tersebut.

“Komen saya tentang perkara ini adalah saya tidak ada komen buat masa ini,” La Ruina memberitahu kepada Motherboard tentang keputusan Sony untuk menyekat game itu dari dijual di PlayStation Store.

Super Seducer dilancarkan di Steam pada hari ini dengan harga USD10. Sebagai tambahan kepada game asas, ia juga menawarkan pek add-on seperti “Earning the Kiss” dan “Nighttime Strategy” dengan harga USD4 setiap satu. Game itu juga mendapat markah yang “sangat positif” di Steam, walaupun hanya ada 53 orang pengguna Steam yang membuat ulasan tentangnya. Ramai pengguna yang memberikan ulasan yang sangat negatif, yang memanggil game tersebut sebagai malas dan tidak bermaya.

La Ruina mempertahankan game-nya dalam sesi temu bual dengan PlayStation Lifestyle pada awal tahun ini.

“Ini bukannya game FMV yang dungu. Ia adalah sesuatu yang perlu banyak difikirkan untuk menghasilkannya. Kami berhati-hati untuk memastikan bahawa kesemua wanita mempunyai kekuatan dalam diri mereka. Saya berhadapan dengan sesetengah dari mereka apabila saya bersikap tidak betul. Saya rasa itu sangat mendalam. Ia mudah untuk menolak apabila kamu melihat artis jalanan dan kemudiannya FMV. Tapi ianya lebih mendalam dan lebih bijak dari apa yang kamu dapat.”

Sumber: Gamespot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.