Bila agaknya kita boleh mula menyelami mitos Nordik bersama-sama Kratos?

Semakin hari kita semakin dekat dengan pelancaran antara game yang paling dinantikan pada tahun ini. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa tarikh pelancaran siri terbaru God of War ini telahpun tertiris di PlayStation Store – dan ia meletakkan 22 Mac sebagai tarikh yang ditunggu-tunngu peminat itu.

Terbaru, bercakap kepada majalah Famitsu (via SegmentNext), Penerbit Sony Interactive Entertainment Japan dan Asia Localization, Chris Ashimine menyatakan bahawa tarikh pelancaran God of War akan didedahkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Semasa bercakap kepada majalah itu, beliau berkongsi beberapa maklumat penting tentang game ini seperti kandungan game dan kualiti lokasi. Beliau kemudian mengatakan yang pasukan pembangunan akan berpeluang untuk mengumumkan tarikh pelancaran dalam masa yang sangat, sangat dekat.

Sekiranya laporan tertiris yang mengatakan God of War bakal dilancarkan pada Mac ini adalah benar, pastinya Sony mahu mengumumkan tarikh itu secepat mungkin kerana sekarang pun sudah memasuki pertengahan Januari. Pendedahan tarikh pelancaran yang lewat sedikit sebanyak berkemungkinan boleh membantutkan jualan bagi game ini.

Amacam korang? Adakah korang rasa 22 Mac ini adalah tarikh keramat yang bakal diumumkan? Atau korang ada tekaan tarikh lain?

JomBaca: Anda Ada Soalan Tentang God of War? 102 Soalan Terjawab Oleh Pengarah God of War Dalam Masa Pantas

Comments

comments