Bakal tiba pada awal Januari nanti.

Sony telah mengumumkan sebuah gaming headset untuk PlayStation 4 yang diberi nama Platinum Wireless Headset. Seperti nama diberi, ia adalah sebuah headset tanpa wayar yang mempunyai kebolehan 7.1 virtual surround sound dengan sebuah noise-cancelling mic. Sebarang konfigurasi untuk headset ini boleh dilakukan melalui Headset Companion App yang boleh didapati melalui PlayStation Store.

Platinum Wireless Headset akan mula dipasarkan mulai 12 Januari dan berharga pada USD160 (~RM700).

Comments

comments