PlayStation menaja satu bootcamp yang dianjurkan oleh Liverpool Girl Geeks bertujuan untuk menarik perhatian gadis-gadis untuk bekerja dalam sektor game dan teknologi.

Bootcamp ini berlangsung selama enam minggu dan menyasarkan kepada gadis remaja berumur antara 11 hingga 14 tahun dan program dianjurkan di Baltic Triangle, Liverpool bermula pada bulan hadapan. Bootcamp akan meliputi pelbagai kursus yang diperlukan untuk membuat game seperti coding, VR dan juga peluang kerjaya dalam industri video games.

Memetik kata daripada pengurus senior media PlayStation, Michelle Tilley, berkata: “Terdapat satu ketidakseimbangan jantina dalam sektor teknologi dan kita perlu mengambil tindakan untuk memastikan sektor teknologi ini lebih seimbang serta lebih terbuka untuk industri. Industri video games adalah satu tempat yang hebat untuk bekerja justeru kita harus memupuk, memberi inspirasi dan memperkasakan gadis muda untuk mengecapi impian mereka.”

Saya kira, usaha Sony menaja aktiviti atau program sebegini untuk menarik perhatian orang-orang muda untuk menyertai industri video games terutamanya wanita harus dipuji. Kebelakangan ini, semakin ramai kaum hawa bermain game walaupun orang ramai masih lagi berpendapat bahawa hanya lelaki sahaja yang bermain game. Pada tahun 2014 sahaja, seramai 33% CEO syarikat dalam industri video games adalah perempuan.

Menurut kajiselidik Entertainment Software Association, nisbah antara gamer lelaki dan perempuan adalah hampir sama iaitu 51% adalah gamer lelaki manakala 49% ialah gamer perempuan. Selain itu, wanita dewasa (dalam lingkungan umur 18 tahun ke atas) lebih ramai bermain game sebanyak 31% berbanding lelaki berumur 18 tahun ke bawah iaitu sebanyak 17%. Setakat ini, tiada kajiselidik atau laporan tentang nisbah tepat bagi gamers lelaki dan perempuan di Malaysia.

Lebih-lebih lagi, industri video games masih lagi baru mengukir nama di Malaysia namun pada tahun lepas sahaja, studio-studio game dari Malaysia dapat menyertai dan bekerjasama dalam membuat game AAA seperti Passion Republic dapat bekerjasama bersama Naughty Dog dalam pembikinan Uncharted 4: A Thief’s End dan Streamline Studios berkolaborasi bersama Square Enix untuk pembikinan Final Fantasy XV. Kolaborasi yang dibanggakan ini juga diraikan bersama peminat di Malaysia.

Ng Aik Sern, presiden Passion Republic
Hasnul Hadi Samsudin (pengarah kreatif MDEC) , Alexander Fernandez (CEO Streamline Studios) dan Wan Hazmer (ketua game designer Square Enix)

Apa pendapat anda tentang bootcamp atau program sebegini? Haruskah Malaysia membuat program sedemikian? Berikan komen anda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.