Akhirnya Sombra bakal beraksi dalam Overwatch!

Sombra merupakan seorang hacker dalam siri Overwatch yang berasal dari Mexico dan kini bergiat dibawah organisasi Talon. Dalam animated short “Infiltration” keluaran Blizzard, dapat kita lihat Sombra berganding bahu dengan watak Reaper dan juga Widow Maker namun begitu beliau juga dapat dilihat mempunyai agenda yang tersendiri.

Pasti ramai peminat-peminat ingin mengetahui apakah agenda sebenar watak Sombra ini.

Berikut adalah senarai kebolehan yang dimiliki oleh Sombra:

  • Machine pistol – Pistol automatik yang melakukan serangan jarak dekat.
  • Hack – Menyebabkan musuh gagal menggunakan sebarang kebolehan mereka atau menggunakan sebarang first aid kits.
  • Thermoptic Camo – Kebolehan menjadi ghaib untuk masa yang sekejap dan pada masa yang sama menambah kepantasan pergerakan Sombra. Sebarang kebolehan offensive atau serangan yang diterima bakal membatalkan kebolehan ini.
  • Translocator – Membolehkan Sombra untuk teleport ke translocator beacon yang telah dilempar.
  • EMP – Membebaskan tenaga electromagnetic yang memusnahkan semua barrier dan shield milik musuh. Ia juga akan menyebabkan sebarang turret yang berada dalam radius serangan gagal berfungsi.

 

Sombra boleh dicuba melalui PTS minggu hadapan bersama-sama map baru Overwatch iaitu Ecopoint: Antarctica, yang direka khas untuk 1v1 dan 3v3 dalam Arcade mode.

Comments

comments