Walaupun ianya game baru yang dibangunkan daripada mod yang dibina menggunakan enjin Skyrim – adakah ianya masih Skyrim?

The Forgotten City, salah satu daripada mod Skyrim yang paling popular telah diumumkan sebagai game stand-alone.

Mod The Forgotten City yang original telah didownload oleh 1.6 juta orang sehingga kini, dan game The Forgotten City yang baru diumumkan ini akan mengekalkan elemen-elemen yang menjadikan mod tersebut diminati ramai.

Dibina menggunakan enjin Unreal, developer Modern Storyteller telah mereka semula karakter dan dialog, plot cerita, twist, dan kesudahan baru, menambah sistem combat dan wall-climbing, muzik orkestra baru, pelakon suara profesional dan animasi motion-capture.

Menurut ceritanya, terdapat satu komuniti yang tersembunyi di bawah tanah, maut kerana seorang daripada mereka melanggar peraturan misteri. Korang perlu memasuki portal ke masa lampau, mencari dan menghalang salah seorang daripada mereka daripada melanggar peraturan misteri tersebut. Sekiranya gagal, korang akan kembali ke porta tadi dan bermula semula!

Korang sukakan game sebegini? The Forgotten City akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Comments

comments