zestiriaPengeluaran keseluruhan siri JRPG terkenal, Tales of sudah mencecah 16 juta (WOW!!!) di seluruh dunia. Berita ini diwar-warkan oleh syarikat permainan video games Bandai Namco.


Siri game JRPG ini bermula pada tahun 1995 dengan pengeluaran game mereka yang pertama, iaitu Tales of Phantasia untuk konsol Super Famicom (kemudiannya di-port-kan ke variasi konsol pada masa itu, seperti Sony Playstation dan Nintendo Game Boy Advance) . Pada masa sekarang ini, sudah ada 17 siri Tales of di keluarkan dan yang terbaru, Tales of Berseria akan di keluarkan di platform Playstation 3 (ekslusif di Jepun sahaja), Playstation 4, dan PC melalui pelantar Steam tahun hadapan dan ianya sudah di umumkan untuk ke pasaran dunia oleh Bandai Namco Entertainment baru-baru ini. 

Siri ‘Tales of’ ini juga ada siri sampingan (spinoff) yang tersendiri, tapi malangnya, hanya beberapa kerat sahaja yang keluar dalam bahasa Inggeris. Ada beberapa siri ‘Tales of’ ini juga pernah mengadaptasi ke anime bersiri.

Berita ini juga diumumkan dengan pengisytiharan mesin pachinko bertemakan ‘Tales of’, CR Tales of Destiny di Jepun, dimana ianya akan mula beroperasi disana Februari 2016 ini.

Buat masa ini korang boleh la cuba Tales of Zestiria yang baru keluar pada bulan 10 baru-baru ini. Tales of Zestiria mendapat banyak reaksi yang positif pada reviewer dan ianya merupakan game ‘wajib main’ untuk penggemar JRPG.

Siri Tales of mana kegemaran anda pada gamers-gamers kita sekalian ? Sila tinggalkan komen dibawah.

Comments

comments