Jom jadi wakil esports universiti  korang? Mai bergasak dalam Tekken 7!

Semalam, Infinite Carnage (INC), selaku penganjur acara fighting game Malaysia , Hitbox Gaming bersama GamesFusion selaku studio gaming yang menjadi pangkalan beberapa komuniti fighting games di Kuala Lumpur telah mengumumkan penganjuran Varsity E-Sport FGC Tournament Series – siri pertandingan fighting games di peringkat varsiti.

Semalam kitorang sempat melawat AMG-chan 2018 untuk menjengah booth Infinite Carnage, Hitbox Gaming dan GamesFusion -…

Posted by JomGaming on 27hb Mei 2018

Bermula pertengahan Jun ini, 8 kolej dan universiti yang menganggotai Varsity Esports Association (VEA) akan menjadi medan pertarungan bagi peringkat kelayakan acara Tekken 7. Berikut adalah lokasi dan tarikh peringkat kelayakan Varsity E-Sport FGC Tournament Series ini:

Peringkat kelayakan di Taylor’s College – 2 Jun (Facebook Event Page)
Peringkat kelayakan di Sunway University – 9 Jun
Peringkat kelayakan di KDU University College – 22 Jun
Peringkat kelayakan di INTI College – 7 Julai
Peringkat kelayakan di MSU Shah Alam – 14 Julai
Peringkat kelayakan di UCSI University – 21 Julai
Peringkat kelayakan Terbuka  – Akan diumumkan
Peringkat kelayakan di Monash College – 17 Ogos

Pertandingan ini akan dibuka bagi penuntut setiap kolej dan universiti yang terlibat. Bagi pelajar dari kolej dan universiti lain, bolehlah menyertai peringkat kelayakan terbuka yang akan diumumkan kelak.

Top 4 dari setiap qualifier akan layak ke Grand Finals Tekken 7 di pesta AniManGaki pada 18 – 19 Ogos 2018 nanti. Selain itu, mereka akan memenangi hadiah-hadiah berikut:

Pemenang grand final liga ini pula akan memenangi sejumlah hadiah yang akan diumumkan kemudian. Tunggu kitorang dapatkan maklumat lanjut!

Comments

comments