Siri God Eater: Datang Untuk Menggegarkan PS4, PS Vita Dan PC

Siri yang mendapat pujian hebat daripada pengkritik industri gaming bakal kembali!

God-Eater-ResurrectionPihak Sony telah mengesahkan bahawa God Eater Resurrection dan God Eater 2 bakal menggegarkan platform PS4 dan PS Vita. PC juga bakal mendapat akses kepada siri ini kelak.

Pihak jurucakap Sony turut menyatakan bahawa mereka bakal mengumumkan lebih banyak berita kelak yang melibatkan dunia gaming. Kedua-dua siri God Eater ini dijangkakan bakal menemui peminat pada musim panas tahun hadapan.

Menurut Hervé Hoerdt, VP Marketing di Bandai Namco siri ini berjaya terjual sebanyak 3 million sejak berada dipasaran lima tahun lepas.

Comments

comments