Siang malam FIFA!

Siri FIFA akan menjejakkan kaki ke Nintendo Switch dan bakal diterbitkan pada tahun ini. Perkara ini telah diumum oleh Patrick Söderlund, wakil dari pengeluar video game gergasi EA.

Menurut Patrick Söderlund, versi FIFA di konsol terbaru Nintendo ini akan direka khas dan bakal menggunakan sepenuhnya kebolehan sosialnya. Pemain-pemain FIFA bakal diberi peluang untuk menikmati siri ini bersama rakan-rakan dimana-mana sahaja. Pasti ramai yang ternanti-nanti untuk mencuba kebolehan Nintendo Switch ini!

Buat masa ini, keluaran siri FIFA untuk Nintendo Switch masih belum mempunyai nama dan tarikh penerbitan untuk keluaran ini tetapi kami menjangkakan ianya adalah untuk siri tahun akan datang iaitu FIFA 18.

Comments

comments