Satu lagi ciri perkakasan gaming yang boleh dieksploitasi hackers nampaknya.

Reddit sedang hangat membicarakan tentang isu ini. Gamers PUBG yang menggunakan motherboard Asus dengan ciri Sonic Radar III boleh mendapat kelebihan yang disamakan dengan cheating!

Walaupun ada suara yang mengatakan ciri ini tidaklah seberapa bagus, tapi dari video yang diberikan, ianya boleh menjadi masalah apabila ciri ini ditambahbaik oleh Asus nanti.

Menurut laman rasmi Asus Sonic Radar, teknologi khusus buat gamers shooter ini akan menunjukkan arah bunyian tembakan, tapak kaki, dan sebarang bunyian di dalam game dengan anak panah. Tak perlu lagi tercari-cari dari mana korang ditembak dan sebagainya. Senang kan?

Korang boleh tonton video yang membentangkan ciri Sonic Radar ini. Secara teori, ianya boleh digunakan gamers bermasalah pendengaran. Tetapi, apabila digunakan gamers yang sempurna pendengarannya – ia boleh menjadi masalah.

Amacam?  Siapa yang pakai motherboard Asus kat sini? Korang pakai tak ciri Sonic Radar ni?

Comments

comments