Kita sudah pun sampai di penghujung-penghujung tahun. Seperti biasa, pada waktu-waktu sebegini pastinya dunia gaming disajikan dengan game-game yang boleh membuatkan poket korang koyak!

Sebagai peminat game shooter, kitorang sememangnya dah pening memikirkan game-game yang dijangka meletop akhir tahun ini!

Star_Wars_Battlefront_Rainbow_Six_Siege_COD_Black_Ops_3

Game Shooter Apa Yang Akan Keluar?

Antara game shooter meletop yang bakal dikeluarkan pada akhir tahun ini ialah Star Wars: Battlefront, Tom Clancy’s Rainbow Six Siege dan COD: Black Ops III.

Kitorang telah mencuba ketiga-tiga beta bagi Star Wars: Battlefront (open beta), Tom Clancy’s Rainbow Six Siege (closed beta) dan COD Black Ops III (open beta). So, pada kali ini, kitorang akan cuba tolong korang untuk pilih dan bagi korang perbandingan secara ringkas dan padat – game yang mana satu korang patut beli!

star-wars-battlefront-walker-assault

Korang baca ni dulu: Star Wars Battlefront Beta: 6 Sebab Mengapa Kitaorang Jatuh Cinta!

Star Wars: Battlefront

Pertama sekali yang perlu masuk ke minda korang ialah target audience bagi game ini ialah peminat franchise Star Wars. Game ini diklasifikasikan sebagai game yang sangat mudah oleh para gamers, terutamanya pemain tegar first-person shooter (FPS) yang skillful. Game ini merupakan sebuah game yang lebih kepada unsur keseronokan berbanding bersifat kompetitif.

Feature di mana game ini menyediakan pilihan untuk korang bermain dalam first-person view atau third-person view sudah cukup menjadi bukti bahawa game ini bukan menyasarkan pemain FPS yang hardcore, sebaliknya menyasarkan skop pemain yang lebih luas. Pastinya, bukan semua peminat Star Wars adalah pemain game FPS, oleh itu, DICE cuba membawa third-person view bagi menyelesakan kesemua peminat Star Wars yang ingin bermain game ini.

2

Tema game ini lebih ringan dan tidak terlalu berat untuk dihadam. Korang boleh masuk ke dalam game ini, tanpa perlu untuk belajar skill-skill shooter yang advanced, dan korang akan terus disajikan dengan kepuasan gameplay yang rancak, dan pastinya, graphic yang sungguh memukau. Game ini lebih menitikberatkan art yang cuba disampaikan melalui tema Star Wars itu sendiri, mahupun dari segi gameplay, graphic dan kesan bunyi, semuanya berkisar tentang franchise global ini. Kalau korang adalah kipas-susah-mati Star Wars, pastinya korang tidak mahu ketinggalan dalam merasai keterujaan dan keseronokan dalam galaxy far, far away..

Jangan ketinggalan ni: Apa Yang Perlu Ada Untuk Menyempurnakan Star Wars: Battlefront

rainbow-six-siege-gameplay

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege

Secara mudahnya, game ini adalah game shooter paling realistik pernah dihasilkan mana-mana game developer! Setiap pergerakan, weapon dan gadget yang dipilih, keputusan yang dilakukan bersama pasukan – semuanya bakal mempengaruhi kejayaan atau kegagalan korang dalam setiap round. Ditambah pula dengan destruction di dinding, tingkap, pintu dan lantai, semuanya boleh dipecahkan bersesuaian dengan dunia sebenar! Ditambah-tambah lagi dengan pergerakan yang membenarkan korang serbu pihak lawan dari tingkap tingkat atas atau bumbung dalam keadaan terbalik membuatkan diri korang sungguh badass!

vQEjGL

Game yang berteraskan 5v5 ini adalah khas untuk korang-korang yang dahagakan sebuah game yang gameplay-nya benar-benar realistik. Dalam kata mudah, kalau korang merupakan seorang yang berjiwa kompetitif dan ingin menerokai sebuah game yang lebih mendalam, Tom Clancy’s Rainbow Six Siege adalah jawapannya! Mechanics yang sangat teliti serta tiada respawn pada setiap round membuatkan korang benar-benar merasai dunia sebenar itu kerana sekali tersilap langkah, anda perlu menunggu round seterusnya untuk kembali beraksi. Kalau korang dulu pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang polis elit, mungkin impian korang boleh jadi realiti dalam game ini!

Korang jangan tak tahu: Rainbow Six: Siege Tak Akan Ada Single Player Campaign!

Call of Duty: Black Ops III

Black-Ops-3_Stronghold_Broken-Arrow_WMCoD: Black Ops III gabungan fast-paced FPS military dan elemen special attack Destiny yang menjadikan CoD kali ini refreshing dan mungkin menjadi daya penarik peminat siri Battlefield mahupun Destiny. Di samping itu, Call of Duty: Black Ops III juga menampilkan pelbagai cara pergerakan yang jarang dibuat oleh game FPS seperti kebolehan untuk berlari di dinding ala Titanfall.

black-ops-3-4Black Ops III juga mengutarakan pelbagai pilihan class yang membolehkan korang mencuba pelbagai taktik yang berlainan. Ini membuatkan flow perlawanan terasa fresh dan tidak berulang. Dari segi teknikal, Black Ops III berjaya memberikan 60fps dalam semua platform iaitu PC, Xbox One dan PS4. Memang tak dapat dinafikan bahawa besar kemungkinan Major League Gaming 2016 bakal menyajikan game ini kelak.

Jangan lupa baca ni: CoD: Black Ops 3 Beta Review!

+++

COD Black Ops III, Star Wars: Battlefront dan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege masing-masing akan berada di pasaran pada 6 November, 17 November dan 1 Disember ini.

So, amacam? Korang dah decide ke belum game mana yang korang nak beli? Semoga membuat pilihan yang bijak, pilihan di tangan korang!

Comments

comments