Lara Croft kembali lagi!

Square Enix secara rasminya telah mengumumkan Shadow of the Tomb Raider sebelum ini, yang mana ia bakal dikeluarkan pada 14 September ini di PC, PS4 dan Xbox One. Terbaru, mereka telah mendedahkan beberapa info tambahan tentang game ini yang pastinya akan menarik minat korang.

Video gameplay masih belum diperlihatkan namun trailer sinematik telahpun dikeluarkan. Korang boleh saksikannya di bawah, menyaksikan sisi Lara Croft yang lebih gelap:

Screenshots dalam game juga telah didedahkan dan korang boleh lihat di bawah aksi-aksi wanita lasak ini menyelamatkan keadaan, merentasi hutan, mencipta letupan, memanjat di tepi laut dan banyak lagi.

Di bawah pula adalah box art yang akan digunakan di PS4 dan Xbox One:

Pre-Order

Kalau korang melakukan pre-order untuk mana-mana edisi game ini (lihat di bawah), korang akan diberikan akses lebih awal kepada game ini, iaitu 48 jam sebelum tarikh pelancaran sebenar.

Edisi-edisi Yang Ditawarkan & Season Pass

Di bawah adalah edisi-edisi yang telah diumumkan. Harga diletakkan dengan harga USD. Korang boleh semak harga di kedai-kedai tempatan berdekatan untuk dapatkan harga dalam Ringgit.

Shadow of the Tomb Raider – Limited Steelbook Edition (USD59.99)

  • Game penuh
  • Steelbook packaging
  • Tiga art cards

Shadow of the Tomb Raider – Croft Steelbook Edition (USD89.99)

  • Game penuh
  • Limited Edition Steelbook
  • Tiga art cards
  • Season Pass
  • Tiga senjata tambahan
  • Tiga pakaian tambahan
  • Original game soundtrack
  • 48 jam akses lebih awal

Shadow of the Tomb Raider – Digital Deluxe Edition (USD69.99)

  • Game penuh
  • Senjata dan pakaian tambahan
  • Original soundtrack

Shadow of the Tomb Raider – Ultimate Edition (USD199.99)

  • Termasuk Croft Steelbook Edition
  • Item fizikal: patung, lampu suluh, pembuka botol

Shadow of the Tomb Raider – Season Pass (USD29.99)

  • Tujuh pengembaraan baru yang digelar “Paths”
  • Paths termasuklah naratif baru, misi baru, Challenge Tomb, senjata baru, pakaian baru dan skil baru
  • Challenge Tomb pertama akan memperkenalkan fungsi co-op baru
  • Pemilik Season Pass akan menerima senjata, pakaian dan skil eksklusif pada hari pertama pelancaran

Amacam? Edisi mana yang akan korang pilih untuk meneruskan pengembaraan bersama Lara Croft?

Terima kasih DualShockers, VG247.

Comments

comments