Kitorang memang teruja dengan fighting games especially Street Fighter. Baru-baru ini, Capcom dah announce siri kedua Beta Street Fighter 5 ! Jom bertarung jom!

SFV_Beta

Beta kedua Street Fighter 5 ini akan berlangsung dari 22 hingga 25 Oktober 2015. Fighter di PC dan Playstation 4 boleh mula access Beta ini pada 22 Oktober, dan cross-platform function pula akan di test pada 24 dan 25 Oktober.

Pelbagai character yang ditambah baru-baru ini boleh korang mainkan seperti Ken, Necalli, Vega, R. Mika, Rashid (23 Oktober) dan Karin (24 Oktober). Character-character lain seperti Ryu, Chun-Li, Cammy, Birdie, Nash dan M. Bison mintak MC dan takkan dapat dimainkan pada Beta kali ini.

Playstation Plus members boleh juga apply Beta access dengan hanya mendownload “Street Fighter V Closed Beta Test” dari PlayStation Store.

Bagi yang bukan on Playstation or tak ada Playstation Plus, korang boleh lah cuba nasib korang di site ini untuk mendapat kan Beta access. Semoga berjaya!

Comments

comments