Antara benda yang peminat fighting game nanti-nantikan setiap kali game akan dilaunch adalah character announcements! Adakah character utama kitorang akan ada dalam game baru tuh nanti? Kalau takde, apa character baru yang boleh menggantikan ketiadaan character utama kitorang etc! Jom tengok characters SFV yang dah direveal setakat ini!

UPDATE: Tambah masuk Karin, Zangief, Laura, Dhalsim!

Berikut adalah antara character-character Street Fghter 5 yang sudah direveal setakat ini!

Dhalsim bukan lagi slow zoning character yang kita kenal di dalam SF4. Yoga Flame overhead dan Yoga Burner atas lantai bagi damage Area of Effect disertakan dengan moveset semasa teleportation/levitation dan command grab yang ganas menjadikan Dhalsim seorang character rushdown yang wajar digeruni!

Laura si gadis Jiu-Jitsu Brazil ini mempunyai moveset situational yang menarik disertakan dengan command grab moves yang gile lincah kadok dan kuasa elektrik dalam bentuk projectile dan contact! Gile babeng!

Abang sado Zangief the Red Cyclone dari Russia nih tak habis-habis bergasak dari zaman Street Fighter 2! Sejujurnya, kitorang takut dengan sape yang pandai pakai mamat nih! Damage output yang tinggi dan health/vitality yang banyak, membuatkan mamat nih sangat merbahaya!

Gadis anak Lord, Karin join the cast dengan moveset rush vortex dia! Dash attacks dia sangat merbahaya kalau sape pandai pakai! Stage Kanzuki dekat backyard rumah mansion dia pon sangat sesuai dengan Karin nih!

Rashid baru aje direveal malam tadi, dan masih belom banyak information pasal Pak Arab nih! Tapi chacter reveal video ini, Rashid ada banyak moveset lincah yang boleh create mixup yang sangat irritating bagi pihak lawan! Kitorang teringat El Fuerte dari Street Fighter 4!

R. Mika si gadis gusti ini juga membuat comeback setelah hilang sekian lama dari francais Street Fighter! Apa yang menarik, character grappler fan favourite ini akan membawa tag-team partner Nadeshiko yang akan digunakan semasa attack V-Trigger! Emm, meriah sungguh gaya perlawanan minah nih!

Vega adalah antara character olskool yang masih mempunyai fanbase yang besar! Character ini kini mempunyai option untuk simpan cakar/claw bagi mendapatkan moveset tambahan mid fight! Paling mengejutkan Vega kini bukan lagi charge character! Sebaliknya akan menjadi circular motion character!!!

Necalli adalah character terbaru pertama sebelum Rashid yang diperkenalkan di dalam SFV ini. Seorang pahlawan Aztec, Necalli mempamerkan gaya berlawan yang ganas dan berserker! Kitorang terhibur tengok mamat purba nih activate V-Trigger dia dan rambut dia menyala kemerahan!

Ken Masters, sape yang tak kenal shoto blonde nih, pasti bukannya fan Street Fighter! Kini Ken kembali dengan moveset yang lebih flashy dan ohsem! Helicopter kick dengan pusaran api dan dash kick yang lincah semestinya akan membuatkan pihak lawan korang gerun kekaguman! Yang spoil? Rambut pisang wehh..

Cammy, gadis tentera berbikini dan Birdie, mamat punk rocker gedempol ini benar-benar seperti Beauty & the Beast! Cammy dengan style perlawanan yang indah tapi merbahaya dan Birdie dengan teknik bergaduh jalanan yang agak disgusting – dia boleh campak tahi hidung ok! Keduanya mempunyai style bertarung yang unik – mana satu pilihan korang?

Chun Li si amoi thunderthighs ini juga kembali untuk menggegarkan dunia Street Fighter dengan tendangan kilat kenponya! Jangan tertipu dengan gaya lompatannya yang sedikit terapung, kerana once Chun Li masuk within hitting range, memang tercungap korang nak defend dari attack nya!

M. Bison si pakcik diktator ini juga kembali membuat onar! Apalagi yang dia nih tak puas ati? Apa pulak story yang akan terbongkar dalam Street Fighter 5 nanti? Walau apa pun kisahnya, kitorang pasti M. Bison ini pasti menjadi dalang kepada semua kegiatan jahat!

Sebagaimana Ken adalah partner kepada Ryu, Nash adalah partner kepada Guile pada zaman Street Fighter Alpha dulu. Tapi, bukan ke mamat nih dah mati? Apa kisahnya nih Kenapa dia dah macam cyborg? Kita tunggu ajela game ni keluar nanti!

Dan akhir sekali, kita berjumpa dengan the face of Street Fighter – Ryu! Dengan moveset yang simple tapi deadly di tangan fighter yang berkemahiran, penulis sendiri pasti akan cuba bermain character ini setelah sekian lama ditinggalkan!

 

Glossary

Charge character – Characters yang memerlukan input motion hold back atau down back selama 1 saat sebelom menekan butang attack! Memerlukan timing dan skill yang tinggi untuk menggunakan characters sebegini! Antara charge characters yang femes adalah Guile, Balrog Boxer, Chun Li, E.Honda dan Vega Claw!

Circular motion characters – Characters yang memerlukan input 360 sebelom menekan butang atack! Senang sedikit dari charge characters dari segi timing dan input. Antara circular characters yang femes adalah Zangief, E.Honda dan T.Hawk.

Quarter-circle motion characters – Kebanyakan characters mempunyai basic moveset ini, tetapi selalunya input motion ini ada pada shoto clones seperti Ryu, Ken, Dan dan Akuma.

Comments

comments