Beta testing bagi siri Street Fighter V belom pon habis, tapi Capcom dah pon announce Collector’s Edition dan costume yang Mat Salleh Amerika boleh dapat melalui pre-order! Capcom, why you do this to me! Ishh, jom tengok apa diorang dapat..

Kalau Pre-Order from Gamestop, korang boleh dapat Hipster Ryu berjambang, baru turun dari pertapaan di pergunungan!

RYU1 RYU2

Kalau korang Pre-Order dari PlayStation Store/PC Digital, korang boleh dapat costume Chun Li berambut mengurai mayang nih. Dan pilihan baju kali ni jelas menampak aset amoi Thunderthighs ini.

CHUN1 CHUN2

Bagi yang Pre-Order menerusi Amazon, korang boleh dapatkan costume jubah hitam M. Bison yang berbahu ganas lagi menggerunkan.

BISON1 BISON2

Kalau korang Pre-Order kat Best Buy pulak, korang boleh dapat costume CAmmy yang comel-comel ganas nih. Peminat Cammy pasti dah basah tengok Cammy melepaskan tocang dan membiarkan rambutnya mengurai lembut!

CAMMY1 CAMMY2

Bukan itu saja, Capcom juga dah annouunce Collector’s Edition Street Fighter 5 – yang kitorang boleh katakan, WOW! OMGWTFBBQMUSTBUY! Dengan jangkaan harga 99.99USD, edisi ini bakal menjadi pakel ultimate kepada kipas-susah-mati series SF ini. Cuba tengok apa yang ada dalam Collector’s Edition ini, jom cekidaut!

Nota: Gambar di bawah adalah Work In Progress, Capcom mungkin ubah rupa bentuk atau isi kandungan pakej ini.

RYU3

  • Disk game SFV pastinya akan disertakan lah, kalau tak, macaman korang nak main nanti ye tak?
  • Patung Ryu setinggi 10 inci, dengan artikulasi sendi yang ohsem dan finishing yang ganas, Ryu akan berdiri gagah menghadapi lawan seterusnya! Merembes sial! Lagi best, kotak packaging ini nanti akan ada window untuk korang skodeng Ryu!
  • Artbook 48mukasurat berkulit keras yang korang boleh usya lukisan dan design awal character dan game ini.
  • Code Cards bagi DLC seperti:
  1. Komik Digital dari Udon yang pastinya ada character SF dalam versi komik ohsem
  2. SFV Soundtrack Sampler untuk pilihan runut bunyi oomph!
  3. Langganan Sebulan Twitch ke channel Capcom Fighters yang korang boleh dapati dalam semua variasi edisi SFV ini nanti – korang boleh dapat emoticon Twitch yang eksklusif dan access ke video-video arkib perlawanan SFV, sesuai untuk yang obses mengkaji perlawanan!
  4. Access ke Online Beta SFV

Apa lagi you mau? Collector’s Edition ini akan mula dibuka Pre-Ordernya tak lama lagi, so pastikan korang dapatkannya cecepat, sebab kuantiti yang limited! Kumpul duit tuh dari sekarang ok guys!?

Comments

comments