Sudahkah anda bersedia untuk menumbangkan ketua-ketua jenayah dadah di Bolivia?

Dalam blog post terbaru, Ubisoft telah mengumumkan bahawa sesi beta untuk Ghost Recon Wildlands akan bermula pada 3 Februari dan akan tamat pada 6 Februari 2017. Para pemain boleh pre-load fail beta tersebut bermula 1 Februari kelak.

Bersempena dengan pengumuman tarikh beta ini, mereka turut mengeluarkan 3 video terbaru, bagi mempersiapkan para pemain untuk menghadapi sesi beta ini. 3 video ini telah memperkenalkan kepada kita tentang customization karakter, kandungan bonus pre-order dan trailer yang memaparkan dunia open-world yang luas.

Bagi anda yang belum mendaftar untuk sesi beta, anda boleh melakukannya di sini.

Anda boleh saksikan video gameplay mission single-player berdurasi 20 minit di sini.

Game penuh Ghost Recon Wildlands akan dilancarkan sepenuhnya pada 7 Mac 2017 di PS4, Xbox One dan PC.

Comments

comments