Ianya telah dicuba menggunakan HTC Vive.

Percubaan ini telah dilakukan oleh Ádám Horváth dan ianya memaparkan bagaimana untuk bermain sebuah game real-time strategy (RTS) yang cukup klasik iaitu Command & Conquer: Red Alert 2 menggunakan VR. Namun begitu, ia bukanlah game yang asal tetapi dibina semula menggunakan enjin grafik Unreal 4 rekaan Sly_Fox dari ModDB.

Jelas kelihatan, ianya suatu idea yang menarik untuk bermain RTS dalam VR, markas tentera yang dibina tampak ‘hidup’.

Mungkin suatu hari apabila VR lebih mudah diakses untuk kebanyakkan orang, RTS menggunakan VR akan menjadi lebih popular.

Comments

comments