Teringin nak tahu game apa sesuai untuk anak anda, sepupu anda, anak buah anda atau cucu anda tanpa mendedahkan mereka dengan game ganas?

Kebanyakan game laris yang terjual di luar sana adalah game yang mempunyai unsur agak tidak enak untuk kanak-kanak seperti Grand Theft Auto atau Call of Duty. Game AAA seperti Uncharted juga tidak termasuk dalam senarai kerana katalog game ini khas untuk kanak-kanak sahaja!

“Alamak anakku tengah main apa itu?”

Oleh itu, seorang cikgu sekolah dan juga gamer berdedikasi bernama Ben Bertoli membuat satu kompilasi 101 game dalam buku berjudul 101 Video Games to Play Before You Grow Up yang diinspirasikan oleh anak-anak murid beliau jumpa setiap hari di sekolah.

Splatoon boleh dimainkan di Switch dan Wii U

Setiap kemasukan game memberikan sedikit sebanyak penerangan tentang sesuatu game dan kanak-kanak boleh tanda berapa banyak game yang sudah dimainkan serta memberikan rating anda sendiri. Kira macam nota peribadi murid yang melambak di koperasi dululah. Tipulah kalau anda tidak pernah beli.

Buku ini merupakan ekspresi peribadi Bertoli sebagai seorang cikgu yang suka memasukkan unsur game dalam sesi pembelajaran kelas. Beliau pernah mentransformasikan pembelajaran kelas biasa menjadi satu RPG bertemakan aktiviti kelas! Seronoknya anak-anak muridnya dapat cikgu macam ini.

Berikut ialah senarai 101 game kanak-kanak harus bermain sebelum mereka membesar sebagai juara yang disyorkan oleh Bertoli:

“Saya nak main semua game ini!”, kata-kata impian kanak-kanak gamer. Manakala ibu bapa sedang tengok dompet masing-masing.

Terdapat pelbagai jenis game sudah dibahagikan siap-siap mengikut genre dalam katalog game ini. Buku ini sesuai untuk ibu bapa ingin tahu jenis game apa sesuai dimainkan oleh anak-anak mereka atau kanak-kanak ingin membuktikan bahawa game ini tiada apa-apa unsur bahaya kepada ibu bapa.

101 Video Games to Play Before You Grow Up bakal dilancarkan pada 1 Oktober tahun ini.

Comments

comments