Blizzard sememangnya kerap melaksanakan aktiviti untuk komunitinya untuk meneruskan kehangatan siri Overwatch.

Overwatch-08

Dilaporkan oleh komuniti Overwatch di Reddit, mereka telah menjumpai pelbagai file yang memuatkan interaksi antara watak-watak Overwatch yang menguatkan fakta bahawa acara istimewa akan dilaksakan pada hujung tahun ini.

Antaranya ialah suara Athena, yang mengumumkan kemasukkan “challanger” atau “gladiator” ke dalam arena yang mungkin menunjukkan bahasa mode baru akan diperkenalkan.

Di samping itu, terdapat juga interaksi Tracer yang memanggil Soldier76 sebagai “dad”; sebuah jenaka yang sering dikongsi oleh komuniti Overwatch yang menganggap Soldier 76 sebagai “bapa” kepada pasukan Overwatch.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.