Negara seberang turut mengikut jejak pemerintah Malaysia.

Minggu lalu, kita telah digemparkan dengan sebuah game berjudul Fight of Gods. Game ini telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia kerana game fighting 2D ini menampilkan karakter-karakter Tuhan dan Nabi berlawan antara satu sama lain.

Kerajaan Malaysia pada mulanya telah menghalang keseluruhan akses platfrom Steam di Malaysia selepas kelewatan pihak Valve untuk menghalang gamers Malaysia mengakses Fight of Gods. Kemudian, diumumkan oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah menarik balik sekatan itu selepas Valve telah menyekat Fight of Gods ke alamat IP Malaysia.

Terbaru, pemerintah Indonesia telah akhirnya mengambil langkah yang sama, iaitu meminta pihak Valve untuk menyekat gamers Indonesia untuk mengakses Fight of Gods, menurut laporan Kompas.com.

“Semalam sudah mengirimkan surat ke publisher game-nya (Valve). Kami meminta agar (Fight of Gods) tidak dapat diakses oleh pengguna di Indonesia,” kata jurucakap Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (Kemenkominfo), Noor Iza, kepada Kompas.com.

“Kami beri tempoh waktu 2×24 jam. Tapi sekarang nampaknya game itu sudah tidak boleh diakses,” tambah beliau lagi.

Kata seorang lagi wakil Kemenkominfo, Samuel Abrijani Pangerapan pula menyatakan, “game ini tidak layak untuk dimainkan masyarakat Indonesia, kita adalah bangsa yang beragama. Simbol-simbol agama bukan untuk dipermainkan, apalagi dipertarungkan.”

“Ini boleh menimbulkan pergaduhan antara kaum dan agama,” katanya lagi.

Selain Malaysia dan Indonesia, akses game Fight of Gods juga telah dihalang di Thailand.

Comments

comments