Belum pun dilancarkan sepenuhnya, macam-macam sudah diubah dalam game ini.

Semalam, kami telah melaporkan bahawa ramai pemain yang mendapat akses awal kepada Star Wars Battlefront II telah meluahkan rasa kecewa mereka terhadap sistem unlock dalam game ini. Ia tidak masuk akal apabila memerlukan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan satu-satu Hero seperti Darth Vader ataupun Luke Skywalker.

Ia turut dilaporkan bahawa respon EA kepada luahan hati tersebut telah mendapat downvote yang paling tinggi dalam sejarah Reddit, iaitu semasa artikel ini ditulis, ia telah mencecah lebih 600,000 downvote.

Terbaru, nampaknya EA telah melakukan satu perubahan yang agak pantas dan drastik kepada apa yang telah menjadi tular sejak 2, 3 hari ini. EA, melalui penerbit eksekutif di DICE, John Wasilczyk, telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di laman web rasminya, menyatakan perubahan-perubahan yang dilakukan itu.

Mereka akan mengubah kredit yang diperlukan untuk meng-unlock Hero sebanyak 75 peratus. Sebagai contoh, kalau dulu pemain memerlukan 60,000 kredit untuk meng-unlock Darth Vader atau Luke Skywalker, tetapi kini ia hanya memerlukan 15,000 kredit dalam-game.

Emperor Palpatine, Chewbacca, dan Leia Organa pula kini memerlukan 10,000 kredit, serta Iden memerlukan 5,000 kredit. Kata beliau, ia merupakan satu perubahan yang besar, tetapi boleh dibawakan ke dalam game dengan pantas, dan perubahan ini akan ditampilkan ke dalam game ini pada hari ini.

Wasilczyk turut menyatakan bahawa mereka sentiasa mendengar apa sahaja maklum balas yang diberikan oleh para pemain, sama ada yang mereka sukakan ataupun tidak. Korang boleh baca kenyataan penuh EA dan DICE mengenai isu ini di sini.

Star Wars Battlefront II akan dilancarkan sepenuhnya pada 17 November 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: EA Bawakan Kandungan Dari Star Wars Battlefront II Ke Dalam FIFA 18 Dan Battlefield 1

Comments

comments