Apa yang harus dibawakan ke dalam sekuel God of War?

God of War yang dikeluarkan pada tahun ini sememangnya sebuah karya agung. Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan bahawa “dengan gameplay yang mantap, pelbagai elemen baru, pertempuran sinematik epik, kisah mitos yang penuh misteri – semua ini membuatkan jiwa pemain sebagai dewa peperangan akan menggelegak.”

Bergerak dari karya yang hampir sempurna ini, apa perancangan Sony Santa Monica untuk God of War 2, atau apa sahaja judul yang akan mereka gunakan nanti?

Bercakap kepada Sector.sk (lapor Gaming Bolt), artis persekitaran untuk God of War, Nate Stephens ada menyebutkan serba sedikit tentang apakah aspirasi pasukan pembangunan untuk sekuel akan datang. Beliau berkata:

“Kami masih mahukan ia menjadi God of War. Apa yang saya ingin katakan adalah, pertempuran pertama dalam game ini apabila kamu berlawan dengan The Stranger adalah satu pertempuran yang sungguh epik. Ia berakhir dengan kedua-dua mereka memusnahkan keseluruhan persekitaran di sekeliling kamu. Ia sesuatu yang sangat sukar untuk dicipta, saya sendiri mengerjakan pencahayaan untuk level ini, dan ia amat sukar untuk disiapkan.”

“Jadi kalau kita berjumpa dengan Thor atau Odin, pastinya, ia harus lebih besar daripada ini, lebih baik daripada ini. Game ini sudah sangat bagus, tetapi kami rasakan kami berupaya menjadikannya jauh lebih baik. Dan semestinya, ia harus lebih sedikit besar. Jika kami mahu bikin satu lagi game — tiada siapa kata kami sedang melakukannya — ia akan lebih besar, lebih baik dan lebih panjang.”

Jadi apa harapan korang untuk sekuel God of War ini? Mahu ia dibikin secepat mungkin?

JomBaca: Ini Dia Loot Rahsia Yang Hanya Boleh Didapatkan Oleh Pemilik God of War Collector’s Edition!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.