Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sumber gambar: Line Today.

Sekolah Menengah Atas (SMA) 1 PSKD yang terletak di Jakarta ini menjadi sekolah pertama di Indonesia yang mengajarkan subjek esport kepada para pelajar mereka.

Sekolah ini menawarkan game-game seperti DotA 2, League of Legends, Overwatch dan Counter Strike Global Offensive untuk dipelajari.

“Sebenarnya, program ini sudah berjalan sejak tahun 2016 lalu, tapi diperkenalkan kepada umum tahun ini. Jadi, kami melihat di bidang apa anak-anak ingin mengembangkan karier dan bakatnya. Ya, salah satu yang sedang diminati oleh remaja adalah bidang esport ini,” ujar Yohannes Siagian, Guru Besar SMA 1 PSKD, ketika bercakap kepada kumparan.com (via Line Today).

Kata Yohannes lagi, sekolah ini bukan sahaja mengajar pemain tentang video game, malah pelajaran-pelajaran lain seperti komunikasi, asas ekonomi, sosiologi, kerjasama berpasukan, asas matematik, sehinggalah ke arah bisnes di sekitar industri game.

Sekolah tersebut memiliki sebuah makmal esport yang mempunyai sekitar 14 buah komputer dengan spesifikasi tinggi untuk bermain game berat.

“Proses pemilihannya cukup ketat. Daripada sekitar 600 pelajar yang mendaftar, hanya ada sekitar 70 pelajar yang berjaya. Kemudian, para peserta akan dapat giliran belajar sebanyak dua kali dalam seminggu. Setiap pertemuan, pelajar akan dibekalkan dengan pembelajaran tentang esport selama tiga jam,” ujar Yohannes lagi.

SMA merupakan sekolah umum tempatan di Indonesia yang terdiri daripada para pelajar yang berumur dari 16 hingga 18 tahun.

Korang boleh juga saksikan video di bawah yang melaporkan tentang pembelajaran subjek esport di sekolah tersebut, disediakan oleh CNN Indonesia:

Dalam berita esport tempatan pula, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sebelum ini yang murid dan pelajar sekolah akan diberikan pendedahan mengenai potensi permainan digital yang dilihat memangkin masa depan cerah seiring perkembangan pesat ekonomi digital sekarang ini.

Namun, masih belum ada sebarang perkembangan untuk mengajarkan subjek khas esport di sekolah-sekolah umum.

Harap kerajaan negara kita boleh mengikut jejak langkah negara jiran kita.

Comments

comments