Saya telah bermain game ini selama 12 jam, sehingga chapter 3, level 16. Saya tak boleh berhenti main game ini dan tiap-tiap hari saya tidur pukul 3 pagi dan menjelma menjadi zombie keesokan harinya. Adeh. Jom baca first impression saya terhadap game Xenoblade Chronicles X ini!

Planet Mira yang sangat cun!

Xenoblade Chronicles X (Xenoblade X) menceritakan tentang sekumpulan manusia yang sedang dalam peperangan di angkasa (bukan Star Wars), dan di dalam satu pertempuran yang sangat sengit, salah sebuah kapal, telah ditembak oleh musuh. Kapal itu selamat mendarat di atas sebuah planet yang sangat lah cun iaitu Planet Mira.

monster3

Xenoblade X adalah sebuah game eksklusif untuk console Wii U, yang dikatakan mempunyai teknologi yang jauh kebelakang berbanding dengan PS4 dan Xbox One. Namun kecantikan Planet Mira sangat mengejutkan ramai pihak dengan teknologi yang ada pada Wii U.

view1

Pada pendapat peribadi saya, grafik untuk persekitaran di Planet Mira adalah on par dengan Final Fantasy XV (demo).

Monsters, monsters di mana-mana!

Planet Mira sudah mempunyai penduduknya yang tersendiri sebelum manusia crash-landed. Dan mereka bukanlah makhluk yang akan menerima anda dengan tangan yang terbuka. monster1Sesetengah monster buat dek je kalau anda melintasi mereka, tetapi ada sesetengah monster memang tidak gemar jika anda berada di kawasan mereka. Jika monsters ini level lebih tinggi dari anda, bersiap sedia lah untuk menangis.

monster2

Learning curve yang agak tinggi

Xenoblade Chronicles X adalah antara game yang malas nak ajar anda macam mana nak main. Mula-mula sahaja game ini mengajar basic, selebihnya, sila baca e-manual yang disediakan, atau beli guide book, atau belajar dari pengalaman.

battle1

Pada awal permainan, saya sangkakan saya dapat mengawal pergerakan dan berapa banyak das tembakan dapat diberikan. Ternyata sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya game ini akan tembak atau pukul monsters secara automatik. Apa yang anda perlu lakukan strategy yang betul dan timing yang baik!

Battle system yang mantap dan laju

Seperti yang saya katakan sebelum ini, Xenoblade X bukanlah game tembak-tembak atau pukul-pukul. Ia lebih kepada real-time-action-time-battle-rpg. Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu jika anda ingin menjadi BLADE yang awesome.

Ground Gear (peralatan dan senjata yang digunakan), Arts (special move), Skills, Class dan Soul Voices adalah perkara yang wajib anda pelajari dan hadamkan jika anda tidak mahu dilenyek monsters di Planet Mira.

gear1

Ini adalah intipati utama di dalam sebuah game genre JRPG. Kebolehan anda untuk menyesuaikan kesemua elemen-elemen ini dalam corak permainan anda sebelum anda keluar memburu dan menyelamatkan manusia sejagat adalah sangat penting.

class

Strategi dan persediaan adalah sangat penting di dalam game seperti Xenoblade X. Namun, jika anda tidak mahu bersusah payah untuk semua ini, anda masih boleh meneruskan permaianan. Tapi percayalah, anda akan berharap anda lebih memahami setiap terperinci di dalam game ini. Go for it!

soul voice

Arts, Skills dan Soul Voices boleh ditukar-tukar mengikut kesesuaian anda. Namun, hanya Arts dan Skills boleh di level up.

battle2

Missions yang sangat banyak

Saya antara mereka yang sangat sukakan mission dan side mission yang sangat banyak. Ternyata Xenoblade X tidak menghampakan saya langsung!

mission1

Terdapat 5 jenis mission : Story Mission, Affinity Mission, Normal Mission, Basic Mission dan Squad Mission (Xenoblade X punya multiplayer – awesome!)

mission3

mission2

OST yang sangat best gila

Composer Xenoblade X adalah composer yang sama untuk anime Shingeki No Kyojin (Attack Of Titan), Hiroyuki Sawano. Lagu yang dimainkan ketika melakukan apa-apa sahaja di dalam Xenoblade X adalah sangat epic, rancak dan menakjubkan deria pendengaran anda.

SKELL SKELL SKELL

k9ESkLh

Apa yang paling menarik di dalam Xenoblade Chronicles X adalah SKELL ataupun robot/mecha di dalam dunia Xenoblade. Untuk melawan monsters yang sangat besar, percayalah, anda sangat memerlukan SKELL. Saya masih belum unlock SKELL lagi kerana saya masih di awal permainan. Tapi di sini saya hidangkan video dari Nintendo sendiri mengenai SKELL. Enjoy!

Yang pastinya, saya sangat sangat sangat sukakan Xenoblade Chronicles X. Tunggu review penuh dari saya!

Comments

comments