Ubisoft mendedahkan pelbagai kandungan yang pemain akan terima semasa pelancaran Assassin Creed Origins.

Mari kita mulakan dahulu dengan DLC percuma di mana semua pemain bakal terima dengan senang hati pada hari pertama Assassin’s Creed Origins dilancarkan.

Buat pertama kali, Photo Mode termasuk pada hari pelancaran Assassin’s Creed Origins. Anda boleh berkongsikan saat anda mendaki pelbagai tanda mercu dan juga serlahkan bakat menangkap gambar kerana gambar anda boleh dilihat oleh pemain lain semasa apabila buka world map.

Selain itu, pemain boleh mendapatkan barang unik dan berbeza semasa berinteraksi dengan seorang pedagang di Nomad’s Bazaar. Setiap hari, pemain boleh mengambil quest daripada pedagang untuk merebut peluang mendapatkan hadiah misteri.

Pemain juga boleh turut menyertai live event ‘The Trial of the Gods’ selepas Assassin’s Creed Origins dilancarkan selama 15 hari. Dalam event ini, pemain berpeluang untuk berlawan pelbagai mitos dewa Mesir dan semestinya ada dapat habuan jika anda sertai event ini.

Untuk masa akan datang pula, dua kandungan DLC percuma akan tiba pada awal tahun hadapan iaitu pemain akan dapat belajar sejarah Mesir purba lebih mendalam tanpa perlu berdepan dengan musuh di dalam Discovery Mode.

Satu lagi kandungan ialah Horde Mode yang diadakan di arena Gladiator di mana pemain perlu berdepan dengan serangan ombak musuh dan anda boleh bertanding dengan pemain lain kerana skor akan diambil setiap kali serangan ombak.

Untuk Assassin’s Creed Origins Season Pass dan Gold Edition, terdapat dua ‘story expansions’ diberikan iaitu berjudul The Hidden Ones dan The Curse of the Pharaohs

The Hidden Ones adalah ‘story expansion’ pertama membawa pemain beberapa tahun selepas kejadian Assassin’s Creed Origins dan melihat bagaimana Assassin Brotherhood terus berkembang serta berdepan dengan kuasa orang Rom. Kandungan ini tersedia pada Januari 2018.

Salah satu kandungan ‘story expansion’ ialah The Curse of the Pharaohs, pemain berdepan dengan musuh mengerikan dari alam mistik pada zaman Mesir purba. Kandungan ini akan tiba pada Mac 2018.

Dua pek eksklusif termasuk pakaian, senjata, perisai dan tunggangan baru diberikan kepada pemegang Season Pass iaitu The Roman Centurion dan Horus Packs akan tiba pada November 2018.

Season Pass akan termasuk sekali dalam Gold Edition tapi Season Pass boleh dibeli secara berasingan oleh pemain.

Assassin’s Creed Origins akan dilancarkan pada 27 Oktober 2017 bagi PS4, Xbox One dan PC. Berminat main Assassin’s Creed Origins dalam PC? Kami dah nyatakan kriteria minimum dan juga maksimum PC untuk anda.

Bundle Xbox One S Assassin’s Creed Origins juga diumumkan oleh Ubisoft jika teringin nak angkat Xbox One S. Maklumat lanjut boleh tengok di sini.

Comments

comments