Salah satu game klasik RPG, Secret of Mana dikeluarkan pada tahun 1993 untuk SNES akan kembali ke 2018.

Square Enix mengumumkan Secret of Mana akan mendapat pengubahsuaian baru dari segi grafik dan juga kawalan bagi seluruh game. Pengubahsuaian keseluruhan nampaknya sama seperti Crash Bandicoot N. Sane Trilogy.

Antara aspek baru yang akan diutarakan ke dalam Secret of Mana 3D Remake adalah:

  • Semua karakter dalam Secret of Mana mempunyai suara mereka tersendiri! Anda berpeluang untuk dengar Randi, Primm, Popoi dan bermacam-macam karakter lagi bercakap dan berinteraksi antara satu sama lain sepanjang pengembaraan ini.
    Tambahan pula, game ini akan ada pilihan bahasa yang membolehkan pemain untuk dengar suara karakter kegemaran mereka dalam bahasa Jepun dengan atau tanpa sarikata.
  • Runut bunyi baru dibikin khas untuk 3D remake ini yang akan menjadi tribute kepada runut bunyi game asal.
  • Local multiplayer juga ada!¬†Main bersama-sama kawan anda (sehingga ke 3 pemain) dan alami pengembaraan Secret of Mana.

Secret of Mana mengisahkan seorang lelaki muda bernama Randi secara tidak sengaja menjumpai pedang Mana dan dia juga dapat mengawal kuasa hebat tersimpan dalam pedang itu. Kemudian, Randi melibatkan diri dalam satu misi untuk mengalahkan kuasa-kuasa jahat yang ingin mengawal kuasa pedang Mana.

Dalam perjalanan Randi, dia berjumpa dengan seorang wanita bernama Primm bersama dengan seorang bidadari cilik bernama Popoi. Ketiga trio ini bergabung untuk mengalahkan anasir jahat bagi keamanan dunia mereka.

Secret of Mana 3D Remake akan tiba pada 15 Februari 2018 untuk PS4, PS Vita dan Steam.

Comments

comments