Satu lagi sumber nampaknya seperti sudah mengesahkan harga Nintendo Switch.

Multiplayer dalam Nintendo Switch

Nintendo belum lagi mengumumkan secara rasmi harga bagi konsol terbaru mereka, Switch. Namun, sebuah kedai game di UK, GameSeek telah membuka pre-order untuk Switch dengan harga jaminan GBP198.50 (~RM1,099).

Menurut pemahaman umum, harga jaminan bermaksud, apabila pelanggan telah melakukan pre-order, jika terdapat penambahan harga pada konsol tersebut, pelanggan tetap akan membayar dengan harga asal pre-order itu. Begitu jugalah sekiranya terdapat penurunan harga, pelanggan tetap perlu membayar dengan harga asal itu.

Namun, menurut laporan GameSpot, ada sumber yang mengatakan bahawa pelanggan yang telah melakukan pre-order tersebut telah dikembalikan wang pre-order mereka (refund) atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Apakah Nintendo telah melarang kedai tersebut untuk membuka tempahan awal atau mungkin ada sebab lain?

nintendo-switch

Harga yang dibuka GameSeek ini nampaknya selari dengan laporan sebelum ini yang turut menyatakan Nintendo Switch versi asas (basic) akan berharga RM1,085 (berbeza sedikit melalui perubahan tukaran wang). Laporan tersebut juga mengatakan terdapat versi premium yang berharga RM1,357.

Nintendo telah mendedahkan secara Switch bakal hadir ke pasaran pada bulan Mac 2017, dan terdapat khabar angin yang mengatakan tarikh tepat pelancarannya adalah pada 17 Mac 2017.

Comments

comments