Apakah game yang bakal menolak Call of Duty: Infinite Warfare di kedudukan ke bawah? Adakah Battlefield 1? Atau mungkin Titanfall 2? Jawapannya, tidak.

driving-traktor-cod-farming simulator-17

Mungkin sukar untuk anda percaya. Tetapi, Farming Simulator 17, sebuah game yang menjadikan anda seorang peladang dan memandu traktor-traktor yang mahal kini lebih popular berbanding sebuah game dari francais terkemuka yang baru sahaja dilancarkan, Call of Duty: Infinite Warfare.

Menurut statistik yang dapat kita lihat di Steam, semasa artikel ini ditulis, Farming Simulator 17 berada di kedudukan 32 dengan 26,004 pemain, manakala Call of Duty: Infinite Warfare berada di kedudukan 42 dengan 15,436 pemain.

driving-traktor-cod-farming simulator-17

Antara game yang berada di kedudukan antara Farming Simulator 17 dan Call of Duty: Infinite Warfare adalah Tom Clancy’s Rainbow Six: Siege. Game keluaran Ubisoft yang dikeluarkan kira-kira setahun yang lalu ini masih menjadi pilihan lebih ramai pemain, mungkin juga disebabkan perancangan mereka yang menampilkan DLC-DLC percuma sepanjang tahun pertama. DLC keempat dan terakhir dalam tahun pertama tersebut bakal dikeluarkan tidak lama lagi, dinamakan Operation Red Crow.

call-of-duty-infinite-warfare

Pastinya Call of Duty: Infinite Warfare bukanlah sebuah game yang paling teruk jumlah pemainya semasa baru dilancarkan di Steam. Namun, sebagai francais yang cukup popular, ini merupakan satu tamparan yang hebat buat Activision. Namun, harus diingat juga, ini merupakan data pemain yang hanya terdapat di Steam (PC), dan kita tidak melihat jumlah pemain yang terdapat di PS4 dan Xbox One.

Call of Duty: Infinite Warfare baru sahaja dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 4 November lalu.

Comments

comments